Monday 26 August 2013

Wanita Comel Kaki Tipu

PARAS wajahnya cantik sekali, muda dan lincah. Namun wanita yang dikenali sebagai 'Yasmin' itu kini dicari dan diburu oleh mangsa-mangsa penipuannya.

Beberapa mangsa yang menyedari tertipu pada Julai lepas, telah membuka forum di laman sosial 'WhatsApp' dengan topik 'Tipah Tertipu'

Menariknya, kumpulan forum dalam laman sosial itu akhirnya berjaya membongkar dan mengesan aktiviti licik wanita yang berusia 24 tahun itu yang telah lama menipu orang ramai melalui pakej pelancongan yang ditawarkan melalui sebuah agensi pengembaraan.

Ekoran pendedahan awal dalam 'WhatsApp' itu, beberapa mangsa lagi dari seluruh negeri tampil membuat pengakuan dan menjadi ahli forum itu dan kemudian mereka masing-masing mencari dan bertukar maklumat mengenai modus operandi wanita itu dan kemudian berusaha untuk menjejakinya bagi menuntut kembali wang mereka.


Ada di antara mereka, menjadi mangsa penipuan wanita itu sejak lebih dua tahun lepas dan bilangan ahli forum itu semakin bertambah sehingga kini mencecah lebih 50 orang.

Wanita itu dipercayai menjalankan kegiatan melalui agensi penggembaraan yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah bersama teman lelakinya dan kebanyakkan pembayaran dan tempahan dilakukan secara ‘on-line’.

Ketua kumpulan forum itu, Mohd Nasrul Md Junid berkata, ekoran daripada itu, beberapa ahli forum itu mengambil persetujuan untuk membuat laporan polis serta membawa kes itu ke Tribunal Pengguna secara berasingan terhadap kerugian yang mereka alami daripada penipuan itu.


Menurut Nasrul, wanita terbabit mengambil wang pendahuluan untuk pakej pelancongan dan bayaran untuk tempahan hotel daripada mangsa, kemudianya apabila ditanya beliau akan memberi pelbagai alasan dan terdapat mangsa mendakwa wanita itu terus menghilangkan diri selepas mengambil wang mereka.

"Sindeket budak ni dia semakin licik, jadi kita tak mahulah lebih ramai mangsa bertambah hari-hari dan kami mengambil inisiatif ni mengumpulkan mangsa-mangsa yang kena mangsa tipu yang dikenakan oleh sendiket ni, kumpulkan pada hari ni dan kita buat laporan jadi minta pihak berkuasa dan pihak yang berwajib tolonglah ambil tindakan yang secepat mungkin," kata Nasrul.

Menurut Nasrul, mangsa-mangsa terdiri dari seluruh negara seperti Kedah, Perlis, Johor, Pulau Pinang dan Terengganu yang telah membayar pelbagai pakej pelancongan untuk ke Indonesia, Vietnam, umrah haji dan pelancongan dalam negara.


Menurutnya, mereka juga berjaya mencari ke alamat rumah wanita terbabit di Sungai Petani, Kedah tetapi ahli keluarganya menyatakan tidak tahu di mana wanita itu berada.

Sementara itu seorang mangsa Zainab Talib berkata beliau bersama rakan-rakannya telah membayar wang pendahuluan hampir RM5,000 kepada wanita itu.

Katanya, memandangkan tarikh penerbangan telah hampir mereka telah menghubungi wanita itu untuk bertanyakan statusnya, namun tiada langsung maklumbalas.

"Pakej saya terkena ni pakej pergi bali, sebab ni dia kata ada orang cansel last minit, tolong masukkan nama untuk macam ni, lepas tu nak cepat-cepat, duit kita jumpa dia kita bagi, last sekali bila nak dapat duit tu kita pula jadi peminta sedekah kat dia, tu yang saya geram sangat… kerugian saya tak banyak saya semua tiga orang, sebab saya invite kawan saya lagi, kalau saya invite lagi kawan-kawan saya lain bayangkan macam mana saya nak letak muka, malu tau dak, bukannya sikit banyak juga tu," kata Zainab. -- sumber petikan daripada TV9

5 comments:

  1. My cousin pun kena tipu gak dgn yasmin ni. Dia dah bayar deposit rm9900 half of the total amount. Bila my cousin call tak penah nak pick up. Msg tak penah reply.

    ReplyDelete
  2. Mcmane nak join group whatsapp tipah tertipu tu?

    ReplyDelete
  3. kena call mohd nasrol md.junid kalau nak join group tipah tertipu tu... 016-414 4800

    ReplyDelete
  4. Nana rasa ramai lagi yang kena tipu tapi malu nak dedahkan...

    ReplyDelete
  5. kalau anda jumpa perempuan macam tu, apa yang perlu anda lakukan?

    ReplyDelete