Wednesday 25 February 2015

Pelanduk Putih Di Langkawi

LANGKAWI, KEDAH: Pelanduk putih merupakan haiwan yang amat jarang ditemui, malah kewujudan spesis ini sering dikaitkan dalam mitos cerita rakyat dan hikayat lama.

Berdasarkan cerita dongeng pelanduk putih dikatakan memiliki  kuasa ajaib dan sesiapa yang memilikinya akan beroleh rezeki yang tidak disangka-sangka.
Namun, hampir 15 tahun lalu, pada 23 Mac 2001, dua orang pencari madu lebah telah berjaya menangkap seekor pelanduk putih di Hutan Simpan Bukit Tekuh, Mukim Hulu Melaka, Langkawi.

Tetapi haiwan itu mati di mini zoo Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah selepas tiga hari diserahkan kepada pihak istana.

Dan kini pelanduk putih muncul kembali, seminggu lepas, dua beranak pencari madu lebah dari Kampung Buluh Penyumpit dekat Kuah, Langkawi, Kedah berjaya menangkap seekor pelanduk putih di kawasan hutan kaki Gunung Raya juga di kawasan Hutan Simpan Bukit Tekuh.

Dua beranak terbabit Jasmani Hassan, 37 dan anaknya Mohamad Nurhakimi, 16, terserempak dengan pelanduk putih itu ketika masuk ke hutan di kaki Gunung Raya semasa mencari madu lebah.

Menurut Mohamad Nurhakimi, pada mulanya mereka menyangka pelanduk putih itu adalah seekor arnab, lalu cuba mencarinya tetapi gagal.
Keesokkan hari, kata Mohamad Nurhakimi, mereka masuk ke hutan itu lagi dengan memasang perangkap jala dan berjaya memerangkap pelanduk putih terbabit yang bersaiz di antara 17 hingga 20 sentimeter panjang.
Katanya, tidak lama kemudian seekor lagi pelanduk berwarna perang yang lebih besar daripada pelanduk putih berjaya diperangkap.


“…saya suka masuk hutan mencari lebah, kadang-kadang saya ikut ayah masuk hutan buru pelanduk dan lepas tu kan, pada satu hari tu, saya masuk ke hutan saya nampak benda putih saya fikir arnab, lepas tu tak pa la, suruh anjing ligan (kejar), ligan-ligan belah pukat nampak pelanduk terkejut juga la. lepas tu ayah cakap boleh bela ni, saya cakap tak pa boleh bela, saya simpan kat rumah, kawan-kawan ramai dok mai tengok kat rumah…,” kata beliau.

Mereka kemudian membawa pulang kedua-dua ekor pelanduk itu dan dikurung di dalam sebuah sangkar yang disimpan di dalam rumah mereka di Kampung Buluh Penyumpit.

Rumah mereka kini menjadi perhatian jiran-jiran dan rakan-rakan terutama kanak-kanak bagi melihat secara dekat spesis haiwan yang jarang ditemui itu.
Menurut Mohamad Nurhakimi, bapanya bercadang untuk memelihara pelanduk putih terbabit.

Katanya, selama beliau masuk ke hutan mencari madu lebah, ini merupakan kali pertama beliau melihat pelanduk putih terbabit.

Pelanduk putih juga dikaitkan dalam hikayat Sulatus Salatin Sejarah Melayu apabila berlaku peristiwa anjing pemburuan raja parameswara terjun ke sungai dikejar pelanduk putih. -
nanatv.tripod.com

Friday 20 February 2015

Warisan Abdullah Maulana




POKOK SENA, KEDAH: Seramai 200 keluarga Haji Abdullah Maulana berhimpun di Masjid Kampung Bendang Baru, Pokok Sena, Kedah, baru-baru ini bagi menganjurkan aktiviti yang mengeratkan lagi silatulrahim antara keluara terbabit.


Penasihat Persatuan Warisan Haji Abdullah Maulana, Datuk Hussain Abdullah berkata, perhimpunan kali ke-13 itu diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang mampu mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan di antara satu sama lain.

Aktiviti terbabit ialah gotong royong membersikan kubur dan masjid, majlis tahlil dan bacaan Yaasin, kenduri keluarga, majlis sumbangan kepada anak-anak cemerlang dan seterusnya mengadakan mesyuarat tahunan persatuan.

Kata Hussain dalam perhimpunan itu pelbagai generasi dari warisan Haji Abdullah Maulana dapat saling kenal mengenali di antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

Kaum keluarga warisan Haji Abdullah Maulana kini masing-masing tinggal di merata tempat di seluruh Malaysia dan termasuk juga di Sumatera, Indonesia.

Allahyarham Haji Abdullah Maulana berasal dari Sumatera dan berhijrah ke Kedah dan mula mencipta nama sebagai seorang yang penuh dengan ilmu agama di Pokok Sena, Pendang dan kawasan sekitarnya.
Nana TV sempat merakamkan detik-detik perhimpunan warisan keluarga terbabit yang baru berlangsung.-
nanatv.tripod.com

Tuesday 17 February 2015

Media Di Bali Bersama Adabi

BALI4
BALI, INDONESIA : Adabi Consumer Sdn Bhd, syarikat produk makanan ternama di Malaysia, mengambil kesempatan membawa rakan-rakan media melawat ke kilang anak syarikatnya di Muncar, Jawa Timur, Indonesia.
Untuk ke Muncar, penerbangan melalui KLIA 2, harus turun di lapangan terbang Denpasar, Bali bagi menjimatkan perjalanan. Jika penerbangan turun di Surabaya (Jawa Timur) perjalanan lebih panjang berbanding dari Bali ke Muncar.

Justeru itu rakan-rakan media yang mengikuti lawatan sambil kerja itu berkesempatan melawat Bali.

Dari KLIA 2, penerbangan mengambil masa tiga jam untuk tiba di Denpasar, Bali. Kami disambut ole wakil Adabi di Indonesia sebaik tiba di Bali dan di bawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Muncar.


powercat2 Dari Bali untuk ke Muncar perlu menempuh perjalanan darat selama empat jam dan menaiki feri untuk ke Banyuwangi selama satu jam. Dari Banyuwangi ke Muncar perlu menambil masa lagi satu jam.

Waktu di Bali sama sepertimana waktu di Malaysia, 7.00 malam Malaysia sama 7.00 malam di Bali, tetapi di Banyuwangi dan Muncar selisih waktunya adalah satu jam berbanding Malaysia. Jika di Malaysia waktunya 7.00 malam waktu di Muncar dan Banyuwangi ialah 8.00 malam.
Krew Nana TV berkesempatan ikut serta dalam lawatan selama empat hari itu bagi meninjau kilang memproses makanan kucing milik anak syarikat Adabi di Muncar. Selain
Nana TV, rakan media yang turut serta adalah RTM, TV Alhijrah, TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia, Majalah JMD dan Majalah Meoow.
Lihat klip video bagi gelagat rakan-rakan media dalam perjalanan itu di
nanatv.tripod.com

Power Cat Formula Adabi

powercat3

MUNCAR, JAWA TIMUR : Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) melalui anak syarikatnya di Indonesia berjaya mengeluarkan produk baharu merupakan makanan kucing basah.

Adabi yang merupakan peneraju utama bagi jenis produk makanan rumah seperti serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, sos, makanan dalam tin dan minuman, kini mencari peluang dalam produk makanan haiwan.

Melalui anak syarikatnya PT Permata Bahari Malindonesia terus mengembangkan pasaran bagi menjadikan jenama itu terkenal di peringkat Asia Tengara sebagai barangan yang berkualiti tinggi serta halal.

Sebelum ini produk yang berkualiti lagi halal telah membuat jenama Adabi mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia danpowercat1 tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk isi rumah.

Produk makanan kucing yang dikenali sebagai “Power Cat” dikeluarkan dikilangnya yang terletak di Mancur, Banyuwangi, Jawa Timur. Menariknya Mancur merupakan pelabuhan perikanan yang kedua terbesar di Indonesia dan ini memudahkan bekalan ikan diperolehi secara segar dan murah.

Ikan-ikan segar itu diproses terus di dalam kilang, sebaik diraih daripada nelayan-nelayan di Muncar bagi memastikan powercat4kualiti makanan itu terjamin.

Power Cat merupakan satu-satunya makanan haiwan yang berstatus halal di Malaysia. Setiap bulan tiga kontena makanan itu dibawa masuk ke Malaysia untuk pasaran tempatan.

Krew Nana TV berkesempatan ke kilang Power Cat dan bagi maklumat menarik sila layari video klip kami di nanatv.tripod.com .

 

Tuesday 10 February 2015

Adabi di Muncar Indonesia

adabi Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) kini merupakan peneraju utama bagi jenis produk serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.

Adabi Consumer terus mengembangkan pasaran dan menjadikan jenama itu terkenal di peringkat antarabangsa bagi barangan yang berkualiti tinggi serta halal.

produk yang berkualiti lagi halal telah membuat jenama Adabi mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia dan tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk isi rumah.

Antara produk terkenalnya ialah perencah kari dan sup, perencah masakan dan pelbagai jenis tepung yang bukan sahaja mendapat permintaan pasaran tempatan tetapi juga menempah nama di luar negara terutama di Asia Tenggara.

muncar

Adabi juga mempunyai pejabat di Thailand dan Indonesia bagi memudahkan lagi urusan mengeksport produk ke sana dan bagi negara lain pula, ia dibawa masuk menerusi pengedar yang sah dilantik oleh syarikat.

Sejak 1994, Medan telah dipilih sebagai pintu masuk utama produk-produk Adabi, di Indonesia yang mana Adabi memang dikenali oleh penduduk tempatan dan kemudian mewujudkan pejabat cawangan di Jakarta bagi meneroka peluang yang lebih agresif dengan pelbagai persediaan dibuat untuk produk-produk dapat diagihkan ke daerah-daerah Indonesia yang lain.

Kesemua produk Adabi dikeluarkan di kilang di Rawang, Selangor yang beroperasi sejak 1996 kecuali produk sardin dihasilkan di kilangnya dimuncar3 Indonesia.

Justeru Muncar yang dikenali sebagai pelabuhan perikanan terbesar di Indonesia, turut menjadi satu lokasi untuk Adabi terus berkembang.

Muncar terletak di Kabupaten Banyuwangi, Provinsi Jawa Timur, Indonesia, merupakan bandar pelabuhan ikan laut terbesar kedua setelah Bagan Siapi-api. – nanatv.tripod.com

Monday 9 February 2015

Regatta International Langkawi

Oleh : NANA HUSSIN  regatta                                                      

LANGKAWI, KEDAH: Hasrat negara bagi melahirkan lebih ramai atlet sukan perahu layar kini boleh dibanggakan, apabila kejohanan regatta ataupun perahu layar bertaraf antarabangsa seringkali diadakan di Malayisa.

Buktinya, Kejohanan Diraja Perahu Layar Antarabangsa Langkawi (RLIR 2015) sejak 2003 mampu mencungkil bakat dan mengenegahkan pelayar-pelayar negara yang berpotensi dan pada 2015 ini separuh daripada peserta kejohanan itu adalah dari Malaysia.

Seramai 350 peserta dari Malaysia dan 15 buah negara dengan langkah bergaya mereka bertarung dalam RLIR 2015 di Kelab Perahu Layar DiRaja Langkawi, di Langkawi, Kedah.

Kejohanan edisi ke-13 itu, menampilkan 40 pasukan dari dalam dan luar negara dengan pelayar-pelayar berbakat dan ternama.

Selain Malaysia yang menampilkan 12 buah pasukan, pasukan dari Great Britain, Australia, Rusia, Austria, Denmark, Italy, New Zealand, China, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Singapura turut serta dengan masing-masing diwakili lebih daripada satu pasukan.

Pengarah Kejohanan, Wicky Sundram berkata, lebih ramai muka baharu bersaing dalam kejohanan kali ini dan yang membanggakan malaysia kini mampu menghantar lebih banyak pasukan dan ini bermakna objektif kejohanan untuk mencungkil bakat pelayar-pelayar negara telah membuahkan hasil. – http://nanatv.tripod.com

 

Thursday 5 February 2015

Ajib Anak Kera Ajaib

kera1

ALOR SETAR, KEDAH : AJIB anak kera peliharaan seorang penduduk di Alor Setar, Kedah. Menariknya anak kera itu mampu berenang dan menyelam sepertimana manusia. Ditemui di pinggir hutan di Pendang, Kedah.

Ajib ketika ditemui amat lemah dan kelaparan kerana ditinggalkan ibunya kerana atas faktor keselamatan. Diberikan susu botol dan dipakaikan lampin pakai buang, Ajib kini berusia tiga bulan dan sangat cerdik dan bijak sekali.

Dibelakang Ajib dipakai beg sekolah kecil yang berperanan merantainya tanpa dileher agar ianya tidak terjerut.

Ajib sangat gemar mandi dan setiap hari dia akan mandi di tangki air yang dsediakan khas untuknya. Sambil mandi dia akan menyelam dan berenang sepuas-puasnya.

Makanan kegemaran Ajib ialah roti dan apabila malam ia akan tidur bersama-sama tuannya, jika Ajib tidak dibawa tidur sekali, beliau akan berbunyi bising pada malam hari.—nanatv.tripod.com

Wednesday 4 February 2015

Briged Kedah Bantu Kelantan

misi12

SIK, KEDAH : Bermula di Sik, Kedah, Sukarelawan Kedah Ama Makmur (SUKAM) menyusuri Lebuhraya Timur Barat dalam satu misi kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.

Briged SUKAM berkampung d Kuala Krai selama sebulan dengan menjadikan Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan di Manek Urai, Kuala Krai, Sebagai base-camp.

Ikuti liku-liku perjalanan konvoi pertama Briged SUKAM ke Kampung Karangan, Kuala Krai dalam klip video ini.

Briged ini diketuai oleh Briged Sukarelawan 1Malaysia Sik, Kedah yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahdzir Abdul Hamid. – nanatv.tripod.com