Friday 20 February 2015

Warisan Abdullah Maulana




POKOK SENA, KEDAH: Seramai 200 keluarga Haji Abdullah Maulana berhimpun di Masjid Kampung Bendang Baru, Pokok Sena, Kedah, baru-baru ini bagi menganjurkan aktiviti yang mengeratkan lagi silatulrahim antara keluara terbabit.


Penasihat Persatuan Warisan Haji Abdullah Maulana, Datuk Hussain Abdullah berkata, perhimpunan kali ke-13 itu diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang mampu mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan di antara satu sama lain.

Aktiviti terbabit ialah gotong royong membersikan kubur dan masjid, majlis tahlil dan bacaan Yaasin, kenduri keluarga, majlis sumbangan kepada anak-anak cemerlang dan seterusnya mengadakan mesyuarat tahunan persatuan.

Kata Hussain dalam perhimpunan itu pelbagai generasi dari warisan Haji Abdullah Maulana dapat saling kenal mengenali di antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

Kaum keluarga warisan Haji Abdullah Maulana kini masing-masing tinggal di merata tempat di seluruh Malaysia dan termasuk juga di Sumatera, Indonesia.

Allahyarham Haji Abdullah Maulana berasal dari Sumatera dan berhijrah ke Kedah dan mula mencipta nama sebagai seorang yang penuh dengan ilmu agama di Pokok Sena, Pendang dan kawasan sekitarnya.
Nana TV sempat merakamkan detik-detik perhimpunan warisan keluarga terbabit yang baru berlangsung.-
nanatv.tripod.com

No comments:

Post a Comment