Wednesday 25 March 2015

Resort Semua Dalam Satu

PENDANG, KEDAH : Jika ingin mencari tempat bercuti yang menawarkan perkhidmatan “semua-dalam-satu”, Pendang Lake Resort yang terletak berhampiran pekan Pendang di Kedah adalah pilihan yang paling sesuai.
selain merupakan tempat percutian, ia juga berfungsi sebagai kem latihan ala separa tentera, serta tempat berkursus bagi peserta kursus kem bina semangat dan kursus motivasi bagi pelajar sekolah.
Kini, Pendang Lake Resort merupakan sebuah destinasi pelancongan yang berteraskan rekreasi air yang popular di Kedah.
Dibangunkan pada tahun 2004, resort yang mempunyai keluasan 12 hektar ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pencinta sukan air seperti berkayak, jet ski, bot kawalan jauh dan juga sumber untuk memancing ikan air tawar.
Pendang Lake Resort mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pengunjung boleh memancing dan berkayak tanpa sebarang bayaran di samping melakukan aktiviti perkhemahan dengan bayaran yang minima.
Untuk penginapan, Pendang Lake Resort menyediakan bilik dalam pelbagai kategori seperti superior, deluxe dan junior suite pada harga yang sangat berpatutan.
Apa yang menarik lagi, lokasi resort yang berdekatan dengan kawasan kampung membolehkan para pengunjung menikmati juadah kampung seperti kerabu daging, gulai kambing, masak lemak ikan haruan, sambal belacan, ulam-ulaman dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pendang Lake Resort di talian 04-7583220 dan 04-7583229 atau 019-5732500 -- nanatv.tripod.com

Wednesday 11 March 2015

Eroses Spa Hitam Putih


LANGKAWI, KEDAH : Eroses ditubuhkan oleh 3 sahabat yang amat meminati bidang kecantikan dimana nama di ambil atas nama singkatan gabungan antara Emelda,Ros dan Sofia.
 
Bermula perkenalan di bidang berlainan mereka membuat keputusan untuk bersama-sama memulakan perniagaan dengan minat yang sama.


Bermula dari situ mereka mula membuat kajian terhadap produk-

produk kecantikan yang begitu memberangsang penjualannya hingga melihat usahawan-usahawan, khususnya wanita, dapat membina empire sendiri dengan majunya. 

Dengan sedikit pengalaman di dalam bidang pemasaran, mereka cuba mengorak langkah dgn memberanikan diri meletakan risiko yang agak tinggi untuk mengeluarkan produk berjenama sendiri.

Pelbagai rintangan dan dugaan serta pengalaman pahit manis dihadapi dalam pencarian produk dan penjenamaan yang sesuai dengan aras kemodenan negara kita sekarang. 

Berbekalkan semangat keyakinan dan pengalaman yang ada dengan menghasilkan produk kecantikan yang pertama di bawah label penjenamaan sendiri iaitu Eroses Serum Skincare. Kini empire ini dimiliki oleh rakan kongsi niaga tiga sahabat iaitu Puan Rosnani, Cik Emelda dan Puan Sofia. - nanatv.tripod.com

Monday 2 March 2015

Media Langkawi Menembak



LANGKAWI, KEDAH : Pihak media yang sebelum ini "berperang" dengan menggunakan pena dan papan kekunci, diberi peluang menggunakan senjata api dalam pertandingan menembak yang dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Rata-rata mereka baru pertama kali memegang senjata api, ada yang berdebar, ada yang mengelabah, ada yang gelisah dan ada yang mula ketagih menembak.


Pertandingan itu diadakan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM). Saksikan gelagat wartawan dan jurugambar media-media di Langkawi yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang hanya dipaparkan di Nana TV. -- nanatv.tripod.com

Sunday 1 March 2015

Saka Nenek Ditangkap


ALOR SETAR, KEDAH : Seorang rakan dari Alor Setar, Kedah sempat merakamkan saka peliharaan neneknya yang berusia 90 tahun yang berjaya ditangkap untuk proses pemutihan, untuk dibuang agar tidak menyeksa lagi neneknya itu yang sedang sakit tenat ketika ini.

Rakan itu menyatakan wajah saka itu mirip wajah neneknya yang kini terlantar sakit. Di dalam botol itu juga dapat dilihat pelbagai wajah menyeramkan dari pelbagai sudut. -- nanatv.tripod.com