Wednesday 25 March 2015

Resort Semua Dalam Satu

PENDANG, KEDAH : Jika ingin mencari tempat bercuti yang menawarkan perkhidmatan “semua-dalam-satu”, Pendang Lake Resort yang terletak berhampiran pekan Pendang di Kedah adalah pilihan yang paling sesuai.
selain merupakan tempat percutian, ia juga berfungsi sebagai kem latihan ala separa tentera, serta tempat berkursus bagi peserta kursus kem bina semangat dan kursus motivasi bagi pelajar sekolah.
Kini, Pendang Lake Resort merupakan sebuah destinasi pelancongan yang berteraskan rekreasi air yang popular di Kedah.
Dibangunkan pada tahun 2004, resort yang mempunyai keluasan 12 hektar ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pencinta sukan air seperti berkayak, jet ski, bot kawalan jauh dan juga sumber untuk memancing ikan air tawar.
Pendang Lake Resort mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pengunjung boleh memancing dan berkayak tanpa sebarang bayaran di samping melakukan aktiviti perkhemahan dengan bayaran yang minima.
Untuk penginapan, Pendang Lake Resort menyediakan bilik dalam pelbagai kategori seperti superior, deluxe dan junior suite pada harga yang sangat berpatutan.
Apa yang menarik lagi, lokasi resort yang berdekatan dengan kawasan kampung membolehkan para pengunjung menikmati juadah kampung seperti kerabu daging, gulai kambing, masak lemak ikan haruan, sambal belacan, ulam-ulaman dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pendang Lake Resort di talian 04-7583220 dan 04-7583229 atau 019-5732500 -- nanatv.tripod.com

No comments:

Post a Comment