Thursday 22 August 2013

Destinasi Honeymoon Impian

-DESTINASI HONEYMOON IMPIAN NANA-
BALI adalah antara destinasi pelancongan yang ingin Nana lawati, namun sehingga sekarang keinginan yang terpendam itu belum dapat dipenuhi.


Suatu waktu dahulu, ketika Nana menamatkan zaman remaja dan melangkah ke alam perkahwinan, Bali adalah antara lokasi pilihan untuk berbulan madu, namun percutian ke Bali itu terpaksa ditangguhkan dengan memilih lokasi dalam negara atas faktor kewangan.

Kerana tertarik dengan Bali, Nana tidak pernah mengabaikan info-info dan artikel yang berkaitan dengan pulau pelancongan itu, yang sering Nana kutip daripada internet dan majalah mahupun akhbar.

Apa yang Nana tahu, Bali merupakan sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau seribu kuil, memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik.

Keindahan itu menjadikannya terkenal sebagai tempat pelancongan atau percutian kerana sering menjadi tumpuan peminat sukan luncur air dalam kalangan pelancong tempatan, mahupun luar negara.

Merupakan sebahagian daripada wilayah Indonesia, pulau itu kini menjadi pusat pelancongan utama bertaraf antarabangsa. Terdapat banyak pantai perkelahan utama di Bali seperti Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa dan Lovina.

Ramai juga artis Malaysia yang memilih Bali sebagai tempat percutian mereka, terbaru yang Nana ikuti perkembangannya ialah pasangan pengantin baru Beego dan Linda Hashim yang turut memilih Bali sebagai lokasi bulan madu untuk mereka.

Setelah melangsungkan pernikahan 7 Jun lalu, pasangan selebriti terkenal itu telah terbang ke Bali, pada 19 Jun lalu dan sepanjang berada di sana, foto-foto bulan madu mereka telah dirakamkan oleh jurufoto rasmi mereka.

Dalam keenakan menikmati percutian bulan madu, Linda Hashim tidak lupa juga berkongsikan beberapa fotonya bersama si suami untuk tatapan peminat-peminat di Malaysia melalui lama Instagram.

Menatap foto-foto itu, Nana dapat rasai kehebatan, keasyikan dan keseronokkan mereka memenuhi ruang-ruang waktu bersantai dalam percutian bulan madu di Bali.

Secara kebetulan juga, Nana mendapat maklumat mengenai satu peraduan menulis artikel mengenai 'Dream Honeymoon Destinations' kepada blogger-blogger yang dianjurkan oleh Tareeq Al Jannah and iLuvTour.com.

Peraduan yang menawarkan hadiah utama, pakej percutian berbulan madu di Bali selama 3 hari 2 malam yang bernilai hampir RM2,000 itu, pastinya Nana ingin mencubanya, mana tahu ada rezeki dapat juga Nana mengapai impian 'berbulan madu' di Bali, walaupun ianya sudah melewati waktu.
http://iluvtour.com/contest-get-a-chance-to-win-honeymoon-package-to-bali/
Dream Honeymoon Destination
Dreaming of a romantic honeymoon trip to Bali? Can’t afford an expensive trip to Bali?
Worry not!!!
Let’s join this easy contest and get a chance for a free trip honeymoon ! By taking part in this contest, you will stand a chance to win the grand prize honeymoon package to Bali! Sounds interesting huh?!
For those who have planned the honeymoon to Bali, this should be an ideal contest for you to join. The exclusive accommodation, 100% halal food, sunset scenery on the beach, candle light dinner, spa treatments, water sports, shopping and other activities awaits the lucky winner.
What are you waiting for?! All you have to do is… Write an entry on “My dream honeymoon destination…” or “Destinasi honeymoon impian…”

(You guys are allowed to write down the experience of your own friend or family members who have already went for their honeymoon.)
So if you are interested to join the contest, these are the rules and regulations…
Rules and Regulations:
1. Open to all Malaysians who have blogs
2. Blog about your “My dream honeymoon destination…” or “Destinasi honeymoon impian…”
3. Entries must be original content (no copy paste content)
4. You are free to write in Bahasa or English
5. The jury’s decision is final. Any form of protest will not be entertained
6. Each entry need to put a backlink to Tareeq Al Jannah and iLuvTour.com
7. Fill up the entry form with the blog entries >> HERE <<
8. Closing date for entries is on 15 September 2013
The Prizes:
BEST ENTRY CATEGORIES
The grand prize winner which is chosen based on the blog entry that gladdened the hearts of the jury will receive the Exclusive Package 3 Days 2 Night Bali Honeymoon (December 2013) worth of RM1,755 for FREE (*This package is transferable)
GOOGLE SEARCH CATEGORIES
RM200 x 3 blog – Winners will be selected based on Google search results Malaysia [www.google.com.my] using the keywords ‘honeymoon package’ on September 16, 2013. THREE top bloggers will receive RM200 cash rebate to any tourist destination offered by Tareeq Al Jannah
EARLY ENTRY CATEGORIES
10 bloggers with the earliest entry will receive Free Gift from Tareeq Al Jannah
Special thanks to Tareeq Al Jannah for the sponsorship.
Hurry up and submit your entries and get a chance to win Honeymoon Package To Bali. Good Luck!!!

2 comments:

  1. singgah dan follow sini...
    Good luck... ^^
    semoga hajat tercapai.. ^_^ Amin!

    jemput singgah..

    http://diaristira.blogspot.com/

    ReplyDelete