Sunday 18 August 2013

15,000 Raya Tok Det


TIMBALAN Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid gembira dengan kehadiran ramai pengunjung ke sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri beliau dan isteri Datin Seri Noraini Abdullah di Padang Kerasak, Naka, dekat Kuala Nerang, Kedah.


Mahdzir berkata kepada Nana: "Rumah terbuka ini adalah sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan padu daripada rakyat, khususnya rakyat di Padang Terap, Kedah".

Majlis yang berlangsung mulai pukul 8 pagi dihadiri kira-kira 15,000 tetamu. 

Nana yang turut hadir ke majlis itu merasa sangat teruja melihatkan rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat hadir bersama bagi meraikan rumah terbuka itu.

Turut hadir pemimpin masyarakat tempatan, ketua-ketua jabatan, aktivis politik dan orang-orang kenamaan.

Di majlis itu, Nana sempat berjumpa rakan lama, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Nerang yang agak lama Nana ttidak mendengar khabarnya. 





No comments:

Post a Comment