Monday 19 August 2013

Malangnya Jalur Gemilang



MALANG sekali Jalur Gemilang yang satu ini. Dibiarkan berkibar dengan keadaan koyak rabak dan lusuh sekali. Siapakah yang empunya pemiliknya yang membiarkan Jalur Gemilang itu sedemikian rupa?.

Sungguh tidak peka sekali mereka itu, mungkin juga semangat patriotisme sudah luntur dalam sanubari masing-masing. Walhal, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru saja melancarkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang peringkat kebangsaan di Sungai Petani, Kedah pada 16 Ogos lepas.


Rakan Nana sempat merakamkan Jalur Gemilang yang berkibar dalam keadaan memalukan itu di Batu 5, Jalan Alor Setar - Sungai Petani, Simpang Empat, dekat Alor Setar, Kedah.

Foto itu dirakam pada 18 Ogos 2013, iaitu sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang bakal berakhir 16 September nanti.

Bendera itu terpacak bersebelahan Markas Besar PAS Kedah dan di sebelah Jalur Gemilang itu terdapat juga bendera bulan purnama berlatarbelakang warna hijau turut berkibar.

Nana harap, pihak yang berkenaan tukarlah Jalur Gemilang itu dengan yang baharu agar ianya nampak megah turut berkibar bersama bendera bersebelahannya.

Apa pun, setelah digantikan Jalur Gemilang itu, jangan pula nanti ada pihak-pihak yang menafikannya dan menyatakan apa yang Nana paparkan ini adalah foto lama yang sengaja dipaparkan untuk memalukan mereka.

No comments:

Post a Comment