Tuesday 30 July 2013

Pilihanraya Kemboja Sengit

PHNOM PENH -- Pilihan Raya umum Kemboja kali kelima tampak sengit tetapi dijalankan secara teratur dan aman.

Pilihan raya itu yang menyaksikan 9.67 juta rakyat Kemboja layak mengundi melibatkan lapan parti bertanding merebut 123 kerusi Parlimen.

Pilihan raya umum itu merupakan yang kelima sejak 1993, selepas
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membantu negara itu mengadakan pilihan raya bebas pertama sejak diperintah rejim Khmer Rouge antara 1975 hingga 1979 dan selepas perang saudara serta pemerintahan satu parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyertai pemerhati lain memantau pilihan raya umum Kemboja.

Beliau berkata persediaan yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) adalah memuaskan.

"Daripada apa yang saya lihat, NEC telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pengundian dijalankan secara teratur yang mencerminkan integriti. Bagi saya tak mungkin berlaku penipuan," katanya kepada media Malaysia di Phnom Penh.

Shahidan merupakan sebahagian daripada 291 anggota delegasi antarabangsa yang dijemput Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) dan Centris Asia Pacific Democrats International (CAPDI) untuk memantau pilihan raya itu.

Delegasi itu melawat beberapa pusat pengundian di ibu negara Kemboja, Phnom Penh termasuk kawasan Parlimen Takmao yang ditandingi Perdana Menteri Hun Sen.

Terdahulu, kumpulan pemerhati itu diberi peluang memeriksa bahan pilihan raya termasuk dakwat kekal dan kertas undi.

Shahidan berkata proses pilihan raya Kemboja lebih kurang sama dengan Malaysia seperti penggunaan dokumen pengenalan dan senarai pilihan raya untuk memeriksa kelayakan dan penggunaan dakwat kekal.

1 comment:

  1. dia orang mengundi pun kena calit dakwat kekal juga ke..

    ReplyDelete