Tiga pemenang akan dipilih untuk mendapat ganjaran RM10, 000 setiap seorang.
Pertandingan video ini diwujudkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mentafsir 'We Are Malaysia' dengan cara mereka sendiri melalui video.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia! Tetapi, perlu mendaftar sebagai MOBber terlebih dahulu di mob.com.my.
Pengendali MOB berkata: "Peraduan ini adalah tentang kisah anda. Ini adalah apa yang We Are Malaysia begitu bermakna kepada kami, kini tiba masanya untuk anda berkongsi pula."
Peraduan ini bermula pada 4 Julai 2013 dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Ogos 2013 ini.
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada contest@mail.mob.com.my
Portal MOB dihidupkan oleh gergasi media Malaysia, Star Publications (Malaysia) Berhad.
MOB adalah kewartawanan setempat (citizen journalism) - portal berita dalam talian yang menawarkan berita yang ditulis oleh sesiapa sahaja.
Sepertimana akhbar, laman web ini memaparkan laporan berita dan kejadian dari seluruh komuniti anda.
Tetapi MOB itu sendiri sebahagian daripada orang ramai, citizen journalist yang mencari dan menentukan sendiri kandungan beritanya.
Citizen Journalist - atau dikenali sebagai MOBbers - melaporkan terus apa yang mereka dengar atau lihat kepada MOB. Sesiapa sahaja dan semua orang boleh menjadi citizen journalist atau MOBbers.
Mereka ada di mana-mana, sentiasa bersedia untuk keluar mencari berita menarik untuk dilaporkan. Sebagai MOBbers, anda akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja baik yang dekat ataupun jauh, dari dalam komuniti sendiri ataupun jauh di luar sana untuk diterjahkan bagi memburu berita menarik untuk dilaporkan.
Nana turut tidak ketinggalan mendaftar sebagai pelanggan MyStar bagi membolehkan Nana menjadi citizen journalist dan bakal menghantar berita melalui mob.com.my.
aku nak masuk lah contest ini, nampak menarik sekali
ReplyDelete