
Malaysia membina tembok itu sejak 2010 lagi manakala Thailand membina pagarnya dengan jarak 2 meter dari tembok Malaysia baru setahun lepas.
Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keadaan ini menimbulkan suasana kurang selesa dan ‘tag-line’ pelancongan bagi pihak malaysia agak tercemar dengan suasana itu.
Sebagai wakil rakyat, Mahdzir yang juga Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan menyuarakan perkara itu kepada kerajaan supaya pengubahsuaian terhadap tembok itu perlu dilakukan dengan segera kerana ianya mencerminkan imej negara.

Beliau mengulas demikian selepas membuat tinjauan di Kompleks ICQS Kota Putra dan menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan kepada kakitangan agensi kerajaan yang bertugas di kompleks itu.
Mahdzir juga sempat ke Kompleks ICQS Ban Prakorp sambil beramah mesra dengan kakitangan pihak berkuasa Thailand yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand itu.
Kompleks ICQS Kota Putra yang beroperasi penuh pada Januari 2010, merupakan pintu sempadan Malaysia-Thailand yang kedua bagi negeri Kedah selepas Bukit Kayu Hitam dekat Jitra.
Pembinaan pintu sempadan di situ adalah bagi mengendalikan aliran orang awam dan penduduk setempat untuk keluar-masuk di antara kedua-dua buah negara, di samping menggalakkan pelancong asing masuk ke negara ini.
Sebelum pembinaan ini, Kota Putra yang dulunya dikenali Durian Burung merupakan kawasan luar bandar berbukit-bukau dengan sebuah perkampungan kecil yang kini merupakan kawasan pembangunan moden ekoran daripada terbinanya pintu sempadan di situ.
Kota Putra terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar Alor Setar dan 30 kilometer dari pekan terdekat, Kuala Nerang manakala bagi sebelah Thailand bermula dengan kawasan kampung Ban Prakorp kira-kira 30 kilometer ke Natawi, yang terus sehingga ke Hatyai, Songkhla, Narathiwat, Yala dan Patani.
Masa operasi untuk keluar masuk melalui sempadan itu adalah 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
No comments:
Post a Comment