Wednesday, 18 September 2013

Nicol David Masuk TUDM

RATU Skuasy negara yang masih mengungguli ranking nombor 1 dunia, Datuk Nicol David melangkah masuk dengan bergaya ke Kolej Tentera Udara milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

Beliau tiba dengan berpakaian lengkap bagaikan seorang anggota TUDM dan disambut dengan penuh keraian oleh pegawai dan pelatih kolej itu sebaik sahaja tiba dengan jet milik TUDM dari Kuala Lumpur.

Nicol sebelum ini telahpun menerima penganugerahan tauliah Pegawai Kehormat TUDM sebagai Majer Udara (Kehormat) pada 19 september 2012 settelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.

Ini merupakan kali pertama beliau menjejak kaki ke kolej itu dan turut juga diberi kesempatan menaiki pesawat Pilatus PC7 Mark2 sebagai Pembantu Juruterbang yang dikemudikan oleh Juruterbang TUDM Majer Khairul Muzambi Salehin.

Beliau yang dibawa terbang selama 30 minit, berhasrat untuk memiliki lesen penerbangannya sendiri bagi mengendalikan pesawat ringin suatu hari nanti.

Beliau unggul sebagai pemain skuasy nombor satu dunia mengikut ranking Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) sejak ogos 2007 hingga sekarang.




4 comments:

  1. Tahniah utk pentauliahan Mejar Udara (Kehormat) untuk Nicol David

    ReplyDelete
  2. sangat mengagumkan "Nicol David" Tahnia***** sukses selalu

    ReplyDelete
  3. menarik... cerita ini tak keluar paper lagi, tv pun belum tapi blog dah pakai dulu

    ReplyDelete