Monday, 16 September 2013

Bilik Langkawi Untuk Blogger


LANGKAWI memang menjadi destinasi pilihan Nana, setiap kali ada ruang dan waktu, pasti Nana akan ke Langkawi untuk bercuti.

Memandangkan selalu ke Langkawi, Nana mengambil langkah menyewa sebuah bilik kosong di Langkawi secara tetap dan Nana hiasi bilik itu dengan peralatan perabut yang Nana beli sendiri.

Bilik itu terletak betul-betul di tengah pekan Kuah kira-kira 3 kilometer daripada Jeti Langkawi. Berhampiran pusat membeli belah terkenal seperti Haji Ismail Group, Langkawi Saga dan premis-premis makanan terkenal.

Bagi rakan-rakan blogger yang ingin berkunjung ke Langkawi, dan bercadang untuk mendapatkan penginapan yang murah, selesa dan berhampiran dengan pelbagai kemudahan, Nana bercadang untuk menyewakan kepada rakan-rakan dengan kadar RM50 - RM80 sehari semalam.

Bilik Nana itu menyediakan kemudahan televisyen, peti ais, kipas angin dan bilik air. Turut disediakan juga kemudahan wifi dengan kadar penggunaannya RM2 sehari.

Mana-mana rakan blogger yang berminat untuk menyewa bilik Nana itu, sila hubungi Nana atau tinggalkan komen-komen dalam laman blog ini. Nana akan bantu rakan-rakan semua.

5 comments:

  1. salam...bilik ni utk seorng je ke

    ReplyDelete
  2. lama sudah tak pergi langkawi ni..

    ReplyDelete
  3. salam kak tie.... bilik tu setakat untuk berdua, bertiga pun muat, cuma katil tu single je...ada disediakan tilam tambahan...

    ReplyDelete
  4. jom la kita pakat-pakat pi langkawi....

    ReplyDelete