Tuesday, 10 September 2013

Melayu Juara Lagu Cina

TIDAK fasih berbahasa Mandarin, tetapi Mohd Ozir Zuri berjaya menjadi juara berganda dalam Mandarin Song Contest bagi peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan institusi pengajian swasta milik Mara.

Pertandingan nyanyian itu hanya disertai pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja yang berlangsung di kampus uitm cawangan Kedah, di Merbok dekat Sungai Petani, Kedah.

Mohd Ozir mengalahkan sembilan peserta lain bagi menjadi juara solo pertandingan itu dan beliau dengan pasangannya Swafwana Azhar turut meraih juara kategori duet .

Selain itu beliau turut mengondol hadiah bagi anugerah vokal terbaik dan penyanyi lelaki paling digemari.

Menurut Mohd Ozir beliau tidak boleh berbahasa Mandarin tetapi untuk pertandingan beliau mengambil masa dua minggu bagi menghafal lirik sebuah lagu Mandarin yang agak sukar dibawa.

"tak ada basic pun tetapi menyanyi insyaallah boleh lah.... cuba untuk menghafal lirik tu dan selalu mendengar berulang kali lah... lagu itu lagu mandarin yang paling susah kami bawa untuk duet dan solo memang paling susah setakat ni," katanya.

Mohd Ozir adalah pelajar UiTM cawangan Kedah.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Kelab Bahasa Mandarin UiTM Kedah dan disertai oleh pelajar-pelajar dari UiTM Shah Alam, UiTM Pulau Pinag, UiTM Sarawak, UiTM Perlis, UiTM Terangganu dan UiTM Kedah.

Turut serta ialah pelajar dari institusi pengajian tinggi swasta Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Spanish Institute (MPI) dan Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Marine Technology (MIMT).

Sementara itu  Safwana Azhar yang berpasangan dengan Mohd Ozir turut menerima anugerah vokal terbaik bagi kategori duet.

"saya dengar banyak lagu yang nak nyanyi tu, pastu cuba hayati lagu tu, macam mana cara pembawakan original punya penyanyi, sebelum tu memang tak cukup tidur semua sebab saya pun bersiap untuk semua-semua ni lah kan tapi alhamdulliah dapat juga menyampaikan lagu ini dengan baik, untuk duet dapat johan lah," kata Safwana.

Menurut pengerusi pertandingan itu yang juga pensyarah Bahasa Mandarin UiTM Kedah, Lee Chai Chuen program itu bertujuan membina keyakinan pelajar untuk mengaplikasikan Bahasa Mandarin di luar bilik darjah.

"saya mengajar bahasa mandarin so saya nak menarik minat mereka untuk belajar bahasa mandarin, lagi-lagi mereka gemar dengan shila hamzah ka... almost pertandingan ini saya fikir satu cabaran juga untuk pelajar melayu nyanyi lagu mandarin walaupun meraka tak tau basic tetapi mereka boleh nyanyikan lagu dengan sangat bagus," katanya. - sumber TV9

7 comments:

  1. Perghh hebat jugak diorang ni ekk..hehe

    ReplyDelete
  2. Anda boleh belajar bahasa Mandarin secara online melalui ebook Mandarin.

    www.ebookmandarin.com

    ReplyDelete