Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, 5 September 2013

Wanita Hina Tahap Babi

LAGI kes penghinaan Islam dalam tahap yang paling kurang ajar dan tidak dapat diterima akal oleh masyarakat umum.

Bagi Nana memang celaka betul orang itu dengan terang-terang menghina agama Islam dengan mengaitkannya nama Allah SWT.


Seorang pengguna Facebook dengan nama Adlin binti Abdul Jalil telah memaparkan entry terbaharu pada 3 September lepas dengan foto seekor babi yang sedang dipanggang dan pada badan babi itu ditulisnya perkataan yang mengaitkan Allah SWT dengan nama binatang, dalam tulisan jawi.

Berikut adalah entry yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook milik nama Adlin binti Abdul Jalil.


Assalamualaikum sayang-sayangku!
Makcik ingin menjemput sayang2 sekelian ke Restoran Geletek A**** yang dianjurkan oleh Parti Geletek A**** yang baru-baru ini telah dirasmikan halal oleh JAKIM. Menu spesel hari ini ialah "A**** Guling". Anak-anak sekelian dijemput menjamu selera di Restoran Geletek A**** dan sila berikan referens MHSAW dan anak boleh dapat diskaun 80% dan hadiah istimewa seperti tasbih, Al-*****, sejadah dari Mekah, air zam zam, dan banyak lagi!

Salam sayang,
MHSAW

P.S. Hidangan menu istimewa "A**** Guling" dirasmikan dan dijamin halal oleh JAKIM.

Entry itu mendapat 22 like daripada pengguna Facebook dan dipercayai ada yang terlike secara automatik.

Bagaimanapun ramai pengguna Facebook yang mengutuk dan menyelar suspek yang kurang ajar itu dalam komen-komen mereka.


Berikut adalah komen-komen yang Nana kutip dari entry Facebook itu, buat tatapan semua agar kita sama-sama menginsafi dan berdoa agar orang itu semula kembali ke pangkal jalan.

Hamdan : Pelacur yg jual tubuh pun tidak menyekutukan Allah.

Adlin Binti Abd Jalil: Tau takper, Sebab pelacho sangat gersang setelah meneliti Al-Quran dan dia pun nak menikmati alam lucah jannatul firdaus.

Amirul Hamdan Dan: ada pelacur yang masuk syurga disebabkan seekor anjing..malangnya anda lagi rendah dari anjing dan pelacur itu

Adlin Binti Abd Jalil: Syurga itu tempat pelacur ish tak koser maks setempat ngan pelacur! Islam agama pelacur.

Hamdan Hashim: Ape mcm klau ko aku yg guling kn dlm api baruah..ko la mnusia yg b'topeng kn syaitan..nk mki lbih2 pn ko bkn dpn mate aku pn..so ni utk ko.. P***** MK KO Adlin Binti Abd Jalil

Amirul Hamdan: Jelas kau tuli.... semoga dibuka pintu hati batu kau

Tuesday, 6 August 2013

Edar Bubur Lambuk Di Tol


MENJELANG Aidilfitri yang jangka diraikan Khamis ini, mereka yang tinggal di perantauan mula pulang ke kampung masing-masing.

Sementara itu, orang ramai dan umat Islam amnya menjadi sibuk dengan pelbagai persiapan terakhir untuk menyambut Aidilfitri.

Lebuhraya dan jalan-jalan utama mulai sesak, Nana juga turut sibuk, tapi sibuk dengan pengedaran bubur lambuk kepada orang ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung di Plaza Tol Alor Setar Utara, di Alor Setar, Kedah.


Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) mengambil inisiatif mengedarkan bubur lambuk kepada pengguna-pengguna lebuhraya utara-selatan sebagai bekalan untuk mereka berbuka puasa dalam perjalanan pulang ke kampung.

Sebanyak 1,000 kotak bubur lambuk diedarkan kepada pengguna lebuhraya di plaza tol itu oleh Exco Agama, Sumber Tenaga dan Pelancongan Negeri Kedah, Mohd Rawi Abdul Hamid bersama kakitangan YINK termasuk Pengurus Besarnya, Datuk Mohamad Che Nai.

Mohd Rawi berkata, sumbangan itu, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kepada keluarga yang sibuk untuk persiapan hari raya ataupun mereka dalam perjalanan jauh kerana tiada ruang untuk memasaknya sendiri.

Selain itu, katanya, sumbangan bubur lambuk itu merupakan tradisi bagi YINK dalam menyemarakkan program Ilha Ramadan di seluruh negeri Kedah.
Seliau berkata, selain di plaza tol, sebelum ini YINK turut mengedarkan bubur lambuk di tempat-tempat awam seperti bazar Ramadan dan kompleks Pekan Rabu Alor Setar yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

"Tradisi ini kami dalam yayasan islam memang menjadi agensi utama dalam menggerakkan ilha ramadan bersama dengan yang amat berhormat datuk paduka menteri besar iaitu di seluruh daerah di kedah dan juga dengan ngo-ngo dan program sumbangan bubur lambuk yang akan kita adakan ini adalah tambahan daripada program ilha ramadan yang telah diadakan dan insyaallah kita akan mengadakan lagi lebih banyak program yang berkaitan dengan keagamaan pada masa yang akan datang insyaallah," kata Mohd Rawi.

Bubur lambuk itu siap dan habis diedarkan dalam tempoh tidak sampai satu jam.


Bubur lambuk merupakan hidangan yang popular di seluruh negara terutamanya di musim bulan Ramadan dan YINK telah bertahun-tahun mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Thursday, 1 August 2013

Bazar Ramadan Pelancongan

NANA lihat Bazar Ramadan yang beroperasi setahun sekali sempena umat Islam berpuasa itu, memang berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong, apatah lagi pelbagai makanan tradisonal di negara ini memang unik sekali dan pastinya menyelerakan.

Nana berkesempatan turut serta semasa lawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meninjau Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Justeru itu, Mukhriz optimis beberapa Bazar Ramadan di Negeri Kedah akan dipromosikan dengan lebih giat pada masa-masa akan datang agar ianya menjadi satu tarikan pelancong.

Mukhriz berkata, Bazar Ramadan mempunyai potensi untuk dijadikan satu daya tarikan pelancong kerana ianya mempunyai pelbagai cita rasa makanan yang digemari oleh pelancong asing.

Katanya, kerajaan negeri akan melihatnya daripada pelbagai aspek untuk memberi suntikan semula terhadap bazar-bazar Ramadan di Negeri Kedah, agar ianya dapat menjadi satu produk pelancongan yang menjadi tumpuan setiap tahun.

"Saya ingat mungkin ni ke depan nanti kita akan cuba buat promosi kerana budaya bazar Ramadan ini, mungkin tak diketahui oleh pelancong, tetapi saya yakin kalau mereka tahu meraka datang dan mereka akan dapat lihat begitu banyak sekali juadah-juadah yang ditawarkan dan ini sebagai satu tarikan untuk pelancongan," ujar Mukhriz


Katanya, Bazar Ramadan mempunyai keunikan pada ketika umat Islam berpuasa sahaja, ianya akan berjalan selama sebulan sahaja pada setiap tahun dan tidak sesuai untuk dioperasikan pada setiap bulan sepanjang masa.

Mukhriz berkata, hasil tinjauannya terhadap peniaga-peniaga Bazar Ramadan kebanyakkan mereka memperolehi pendapatan yang agak memberangsangkan pada setiap tahun, apatah lagi ianya menjadi tumpuan pelancong.

Sempena kunjungan ke Bazar Ramadan di situ, Mukhriz juga sempat memberikan bubur lambuk percuma kepada orang ramai yang disumbangkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah.

Tuesday, 23 July 2013

Islam Sweden Puasa 24 Jam

WILAYAH Kiruna di Sweden adalah antara lokasi yang cukup terkenal dengan fenomena alam menakjubkan dengan lembayung berwarna akibat kilauan daripada pantulan sipi cahaya matahari terhadap debu dan kabus.

Kiruna juga adalah kawasan paling tinggi di Sweden turut mengalami fenomena siang lebih panjang daripada malam dan ada ketikanya mengalami siang selama 24 jam, begitu juga sebaliknya ada musim-musim malamnya lebih panjang.

Di situ, matahari tidak terbenam di antara 30 Mei dan 15 Julai, dan siang kelihatan berpanjangan dari awal Mei hingga awal bulan Ogos. Tempoh bahawa matahari tidak kelihatan pula berlangsung dari awal Disember hingga awal Januari, dan ketika itu hanya berlaku beberapa jam senja, itulah satu-satunya cahaya yang ada.

Bagi Ramadan kali ini, komuniti Islam di Kiruna, kebingungan dalam menjalankan ibadah puasa. Lintasan panjang matahari ketika Ramadan tiba yang menjadi persoalan. 

Di utara Kiruna, matahari 24 jam tetap terang seharian sehingga tidak memberi kesempatan pada malam.

"Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim Kiruna, Ali Melhem.


Lelaki berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya dan orang Islam lainnya kepenatan. Melhem tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24 tahun. Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.

Tetapi, berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah itu berdekatan Kutub Utara ini memasuki awal musim panas.

Melhem memang tetap berpuasa, namun dia mengatakan, puasa 24 jam penuh menjadi dugaan yang begitu berat, terutama bagi isteri dan anak-anaknya.

Saya dan istri sudah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan Iraq,” kata Melhem.

Perbincangan itu bagaimana pun tidak memberi jawapan yang jelas. Melhem mengaku beliau menganut Islam Syiah. Para ulama menyampaikan kepadanya untuk menunda puasa sehingga musim gugur tiba. Sedangkan ulama lain memberi saranan agar tetap berpuasa mengikut waktu berbuka di wilayah matahari terbenam yang terdekat.

Petunjuk itu memang ada. Sebahagian Muslim Kiruna juga mengikuti saranan ulama itu. Wilayah terdekat dari Kiruna adalah Lulea dan Umea. Di dua tempat itu, malam diberi kesempatan untuk muncul. Tetapi hanya satu jam. Bermakna, puasa di bahagian selatan Kiruna mencapai 23 jam!

Dari sembilan juta populasi di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu penganut Islam.


Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah tinggi. Musim panas ketika Ramadhan di negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar agama dan ulama.

Di Finland contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah atau di Madinah, Arab Saudi.- sumber Kartikel.com