NANA tertarik dengan entry terbaru daripada bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid dalam laman sosial Facebooknya, mengkritik majlis sambutan Aidilfitri Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, berlangsung di kediaman rasmi di Sri Mentalon, Alor Setar, Kedah.
Beliau mempertikaikan terhadap kewajaran majlis sambutan itu dengan perbelanjaan yang besar, terutama untuk bayaran artis-artis yang diundang menyerikan majlis itu.
Nana turut hadir ke majlis itu dan antara artis ternama yang membuat persembahan pada hari itu ialah Jamal Abdillah, DJ Dave dan Mazlan Pet Pet.
Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah turut berangkat menghadiri majlis itu bersama rakyat jelata.
Berikut adalah paparan status dalam entry yang ditulis oleh Helmi:
"Di ketika umat Islam Mesir bertarung nyawa mempertahan hak Islam...MB Mukhriz slps lulus hampir RM 100,000.00 utk byr artis utk majlis raya di Sri Mentaloon...lulus pula utk JAMUAN SHJ hampir RM 500,000.00, BN Menang Rakyat Senang....harga khemah, bunga canga...menyusul kemudian..."
Beberapa komen dari rakan Facebooknya menyusul dengan nada sinis, antaranya Abd Malik Ahmad menulis: "artis didahulukan rakyat diperbodoh2kan dgn sesuap jamuan........".
Apa pun Nana rasa, itu sudah menjadi lumrah kata mengata daripada pihak yang kehilangan 'tahta' kepada pihak yang merampas 'tahta' mereka.
Mungkin juga kata-kata itu ada kebenarannya ataupun sekadar meluahkan rasa kecewa yang amat sangat kerana kali ini mereka tidak dapat beraya di Sri Mentalon, setelah lima tahun berturut-turut meraikannya dengan badget yang sangat rendah?.
Berapa agaknya mereka memperuntukkan untuk meraikan majlis Aidilfiri di Sri Mentalon pada setiap tahun?.
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
Sunday, 18 August 2013
15,000 Raya Tok Det
Mahdzir berkata kepada Nana: "Rumah terbuka ini adalah sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan padu daripada rakyat, khususnya rakyat di Padang Terap, Kedah".
Majlis yang berlangsung mulai pukul 8 pagi dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.
Nana yang turut hadir ke majlis itu merasa sangat teruja melihatkan rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat hadir bersama bagi meraikan rumah terbuka itu.Turut hadir pemimpin masyarakat tempatan, ketua-ketua jabatan, aktivis politik dan orang-orang kenamaan.
Di majlis itu, Nana sempat berjumpa rakan lama, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Nerang yang agak lama Nana ttidak mendengar khabarnya.
Labels:
datin,
Kuala Nerang,
mahdzir,
menteri,
naka,
raya,
Syed sobri,
tok det
Monday, 5 August 2013
Operasi Raya JPJ
MENJELANG Syawal tidak beberapa hari lagi, lebuhraya dan jalan raya mulai sibuk dengan orang ramai yang mula balik kampung dan keluar untuk membeli-belah.
Pesan Nana, berhati-hatilah semasa dalam perjalanan dan elakkan diri masing-masing menjadi 'samseng jalanan'.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mempergiatkan operasi bersepadu bersama-sama agensi lain agar perjalanan dan lalu lintas di seluruh negara menjadi lancar dan selamat tanpa dicemarkan oleh sesiapa sahaja yang cuba melanggari ataupun tidak mematuhi peraturan di jalan raya.
Nana sempat ikut serta dalam operasi bersepadu menjelang Aidil Fitri yang dilancarkan oleh JPJ di Alor Setar, Kedah.
Operasi kali ini di sekitar Lebuhraya Darulaman, Jalan Sultanah dan jalan hadapan Hospital Lama Alor Setar, Nana lihat tumpuan operasi lebih fokus terhadap penunggang-penunggang motosikal.
Apa yang menarik dalam operasi itu, hasrat lima lelaki untuk keluar membeli belah di sekitar bandaraya Alor Setar, tidak kesampaian apabila mereka ditahan dalam operasi itu.
Nasib lebih malang buat mereka, kelima-limanya didapati positif dadah ‘methamphetamine’ apabila ujian saringan air kencing dibuat ke atas mereka dalam operasi itu, yang turut disertai oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Mereka yang berusia antara 18 hingga 40 tahun itu, ditahan berhadapan Hospital Lama Alor Setar sekitar pukul 10.30 malam.
Menurut Pengarah JPJ Negeri Kedah, Md Ziki A.Rahman, daripada lebih 1,000 motosikal dan kenderaan yang ditahan, AADK memilih secara rambang seramai 33 penunggang dan pembonceng motosikal untuk menjalani ujian saringan air kencing dan daripada itu hanya lima daripada mereka positif dadah.
Ketika ditahan, kesemuanya tinggal di kampung-kampung berdekatan Alor Setar, memberi alasan keluar untuk ke bandar bagi mencari barangan dan keperluan untuk persiapan hari raya.
Kelima mereka itu dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk siasatan lanjut.
Md Ziki berkata, hasil pemeriksaan didapati sebanyak 146 kes bagi penunggang motosikal yang tidak berlesen dan pemandu kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan dapat di kesan.
Pesan Nana, berhati-hatilah semasa dalam perjalanan dan elakkan diri masing-masing menjadi 'samseng jalanan'.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mempergiatkan operasi bersepadu bersama-sama agensi lain agar perjalanan dan lalu lintas di seluruh negara menjadi lancar dan selamat tanpa dicemarkan oleh sesiapa sahaja yang cuba melanggari ataupun tidak mematuhi peraturan di jalan raya.
Nana sempat ikut serta dalam operasi bersepadu menjelang Aidil Fitri yang dilancarkan oleh JPJ di Alor Setar, Kedah.
Operasi kali ini di sekitar Lebuhraya Darulaman, Jalan Sultanah dan jalan hadapan Hospital Lama Alor Setar, Nana lihat tumpuan operasi lebih fokus terhadap penunggang-penunggang motosikal.Apa yang menarik dalam operasi itu, hasrat lima lelaki untuk keluar membeli belah di sekitar bandaraya Alor Setar, tidak kesampaian apabila mereka ditahan dalam operasi itu.
Nasib lebih malang buat mereka, kelima-limanya didapati positif dadah ‘methamphetamine’ apabila ujian saringan air kencing dibuat ke atas mereka dalam operasi itu, yang turut disertai oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Mereka yang berusia antara 18 hingga 40 tahun itu, ditahan berhadapan Hospital Lama Alor Setar sekitar pukul 10.30 malam.
Menurut Pengarah JPJ Negeri Kedah, Md Ziki A.Rahman, daripada lebih 1,000 motosikal dan kenderaan yang ditahan, AADK memilih secara rambang seramai 33 penunggang dan pembonceng motosikal untuk menjalani ujian saringan air kencing dan daripada itu hanya lima daripada mereka positif dadah.
Ketika ditahan, kesemuanya tinggal di kampung-kampung berdekatan Alor Setar, memberi alasan keluar untuk ke bandar bagi mencari barangan dan keperluan untuk persiapan hari raya.Kelima mereka itu dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk siasatan lanjut.
Md Ziki berkata, hasil pemeriksaan didapati sebanyak 146 kes bagi penunggang motosikal yang tidak berlesen dan pemandu kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan dapat di kesan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





