KUALA LUMPUR: selepas pulang daripada mengerjakan rukun Islam yang kelima di Mekah, penyanyi tersohor bersuara jantan, Datuk Jamal Abdillah kini berwajah baharu dengan imej botak.
Kemunculan Jamal pada Malam Kasih Bertaut Nostalgia Bersemi, sempena reunion 2014, Almuni PETRA Kuala Krai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu, cukup membuatkan peminat setianya teruja dengan penampilan yang sebegitu.
Turut hadir ialah penaung PETRA Kuala Krai, Tan Sri Dr Nadzmi Salleh dan Presiden Alumni Datuk Dr Rosemi Salleh.
Walaupun masih kurang sihat, dengan sedikit deman serta batok selepas pulang mengerjakan ibadah haji itu, Jamal tetap tidak menghampakan peminat-peminatnya dengan persembahan mantap dan bertenaga.
Jamal menyampaikan madley lagu-lagu popularnya pada persembahan itu. - nanatv.tripod.com
COBRAeITe EKSPEDISI : AKHIRNYA DATO' JAMAL ABDILLAH. Akhirnya , Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah dianugerah jua gelaran Dato' atas jasa dan sumbangan seninya terhadap negara.
Sebagai rakan yang aku kenali, aku mengambil kesempatan menghulurkan tahniah kepada Jamal Abdillah dengan menghantar sms kepadanya sebaik sahaja berita itu aku terima.
Jamal membalas ringkas sms aku, "tq very much".
Itulah Jamal, tak banyak bicara bila ada kesempatan bermasej dengan aku, dan kami sebenarnya jarang berhubung, cuma aku kadang-kadang ada juga bertanyakan khabar tentang aktiviti konsertnya.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali dikurniai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang.
Beliau yang berusia 54 tahun, antara 643 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat yang dikurnia oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Anak sulung daripada tujuh beradik itu mula dikenali ramai setelah muncul sebagai juara dalam pertandingan Bintang RTM 1979.
Akhirnya setelah 35 tahun mengabdikan dirinya sebagai penghibur negara yang tak lapuk dek zaman, Jamal diiktiraf juga sebagai kelompok masyarakat yang berstatus tinggi dengan gelaran Dato'. - Artikel Klik Cobraeite Ekspedisi
NANA tertarik dengan entry terbaru daripada bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid dalam laman sosial Facebooknya, mengkritik majlis sambutan Aidilfitri Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, berlangsung di kediaman rasmi di Sri Mentalon, Alor Setar, Kedah.
Beliau mempertikaikan terhadap kewajaran majlis sambutan itu dengan perbelanjaan yang besar, terutama untuk bayaran artis-artis yang diundang menyerikan majlis itu.
Nana turut hadir ke majlis itu dan antara artis ternama yang membuat persembahan pada hari itu ialah Jamal Abdillah, DJ Dave dan Mazlan Pet Pet.
Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah turut berangkat menghadiri majlis itu bersama rakyat jelata.
Berikut adalah paparan status dalam entry yang ditulis oleh Helmi:
"Di ketika umat Islam Mesir bertarung nyawa mempertahan hak Islam...MB Mukhriz slps lulus hampir RM 100,000.00 utk byr artis utk majlis raya di Sri Mentaloon...lulus pula utk JAMUAN SHJ hampir RM 500,000.00, BN Menang Rakyat Senang....harga khemah, bunga canga...menyusul kemudian..."
Beberapa komen dari rakan Facebooknya menyusul dengan nada sinis, antaranya Abd Malik Ahmad menulis: "artis didahulukan rakyat diperbodoh2kan dgn sesuap jamuan........".
Apa pun Nana rasa, itu sudah menjadi lumrah kata mengata daripada pihak yang kehilangan 'tahta' kepada pihak yang merampas 'tahta' mereka.
Mungkin juga kata-kata itu ada kebenarannya ataupun sekadar meluahkan rasa kecewa yang amat sangat kerana kali ini mereka tidak dapat beraya di Sri Mentalon, setelah lima tahun berturut-turut meraikannya dengan badget yang sangat rendah?.
Berapa agaknya mereka memperuntukkan untuk meraikan majlis Aidilfiri di Sri Mentalon pada setiap tahun?.