Saturday, 9 November 2013

Persatuan Kerabat Dibubar

Persatuan Kerabat Kedah (PKK) yang keahliannya terdiri dari kalangan susur galur keluarga DiRaja Kedah dibubarkan bagi mengelak kekeliruan dan salahguna lambang kenderaan yang dikeluarkan persatuan itu.

Justeru itu diwujudkan sebuah persatuan baharu dengan nama Persatuan Kerabat Di Raja Kedah.

Bekas Timbalan Yang DiPertua PKK, Syed Idrus Syed Baharom mengumumkan pembubaran itu dan beliau dipilih sebagai Yang DiPertua Penaja Persatuan Kerabat DiRaja Kedah

Syed Idrus berkata, pembubaran itu dilakukan pada 26 September lalu setelah pihak persatuan menerima banyak aduan salah guna kuasa logo kenderaan yang diletakkan pada kereta bukan pemilik atau ahli persatuan.

Malah ada juga yang menggunakan logo kenderaan tersebut dengan niat memeras ugut untuk tujuan kewangan dan kepentingan tertentu.

Justeru itu, katanya, logo yang dikeluarkan sebelum ini terbatal dengan sendiri dan dilarang digunapakai pada sebarang kenderaan.

Syed Idrus merupakan antara pengasas PKK yang ditubuhkan pada tahun 1997 dengan keahlian seramai 700 orang.

1 comment: