NANA kagum dengan
semangat yang ditampilkan oleh Puteri Sultan Kedah, Tunku Panglima Besar, Tunku
Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim yang berkayuh basikal sejauh 50 kilometer
bersama rakyat jelata.
Baginda berjaya menamatkan
kayuhan itu, walaupun sedikit agak letih di akhir-akhir perjalanan.
Kayuhan itu diadakan
sempena sambutan Hari Malaysia di Kedah, banginda yang juga Ahli Jemaah
Pemangku Sultan Kedah, bersama rakyat jelata menyertai program yang dinamakan “Kayuhan
Kesihatan dan Alam Sekitar".
Tunku Intan Shafinaz
bersama 800 peserta melakukan kayuhan berbasikal sejauh 50 kilometer yang
bermula dari Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.
Baginda mengambil masa
lebih dua jam menamatkan kayuhan itu yang melalui bandaraya Alor Setar kemudian
ke Jitra dan kembali semula.
Program itu dianjurkan
oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah.
Turut serta dalam kayuhan itu ialah beberapa orang kenamaan termasuk Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Ini merupakan kali
pertama Tunku Intan Shafinaz yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah dan
Tunku Abdul Hamid Thani menyertai kayuhan ini bersama rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment