Struktur terdiri daripada beberpa segi tiga puncak khemah putih, berputar 45 darjah, dalam bentukan bulat seperti teratai.
Tanpa menggunakan jubin dan batu bata bagi pembinaannya, resort ini dibina dengan bahan-bahan asli alam sekitar yang rendah dan mesra karbon dengan menggunakan solar, air dan tenaga angin dari padang pasir yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengukuhkan perlindungan ekologi.
Oleh kerana halangan oleh keadaan istimewa geografinya, arkitek bagi pembinaan hotel itu mencipta sistem struktur baru yang kukuh dalam pasir yang bagaikan cecair itu dengan menggunakan panel keluli sahaja tanpa bantuan konkrit atau air.
Panel dan struktur rangka menyokong pra-fabrikasi, dan asas bangunan dengan bekas besar bagaikan terapung di pasir. Oleh itu, struktur panel keluli boleh berfungsi sebagai sebuah bot terapung di atas padang pasir yang membawa bangunan.
Pasir dalam dan di luar struktur mengenakan daya yang sama antara satu sama lain, dan dengan itu ianya stabil dan fleksibel.
macam ni pun ada kat mongolia
ReplyDelete