BERBASIKAL dari Sepanyol sejak lebih setahun lepas, sepasang suami isteri
ini melalui pengalaman yang menakjubkan dengan pelbagai rintangan dalam
perjalanan kembara panjang ke Asia (Road To Asia).
Menempuh cuaca sejuk di Itali, perkampungan batu di Turkey, lembah bersalji
di Tajikistan, gurun kering di Mongolia dan kawasan pergunungan di Tibet dan
Cina, Aitor Iguiñitz, 36, dan isterinya Laura Martínez, 37, akhirnya tiba
di Malaysia untuk terus berkayuh ke negara-negara di rantau ini.
Mereka ditemani sepasang lagi suami isteri dari Sepanyol, Zigor, 38, dan
Maria, 36, yang dikenali semasa di China, sampai di sini, mereka mendapati Malaysia
ialah sebuah negara yang mengkagumkan dengan rakyat pelbagai kaum yang mesra
dan memikat hati di samping hutan hijau yang masih terpelihara.
Bagi Laura yang pertama kali menjejak kaki ke negara ini, terus merasai Malaysia
adalah sebuah negara yang unik dan wajar dilawati oleh pengembara-pengembara
sepertinya.
“very nice, the one charaterist i find in Malaysia one is the jungle and the beuty, also beuty of the people because is very smilely poeple because is going to smilely and very friendly, many day is raining so for us this thing is not a problem because... a little bit own, every day we ask to people to came down of the roof and we found we were always welcome in church, in mosque, with the police with some poeple, always welcome no one problem so is very nice, easy tto travel because people a great,” ujar Laura

Mereka tiba dari China sejak dua minggu lepas, mula berkayuh dari
Kuala Lumpur melalui Cameron Highland dan Pulau Pinang dan sempat ditemui wakil
media di Kuala Sala, dekat Alor Setar, Kedah, dalam perjalanan mereka untuk ke
Thailand.
Aitor seorang juruteknik elektrik dan Laura, jurulatih gymnisium memulakan
kayuhan daripada Andoain, Utara Sepanyol pada Februari 2012 dan kini telahpun
menempuh lebih 35,000 kilometer perjalanan melalui beberapa negara Eropah dan
Asia Tengah.
Sementara itu bagi Aitor, beliau melahirkan kekaguman terhadap penduduk di
negara ini yang saling hormat menghormati di antara satu sama lain terutama
kepada orang asing dan pelancong seperti mereka.
Katanya, jika ada kesempatan dan ruang waktu beliau dan isteri akan datang
lagi ke Malaysia, kerana masing-masing sudah jatuh cinta dengan negara ini.
“wuhh.. malaysia it have one very good
thing and most of these people is speak some english, so for us the
comunacation is so easy, anything we need we just have to speak with them and
their understand, because now we are coming from China, in China comunation is
almost possible, after came here the people is so friendly is very easy for
travel,” kata Aitor
Aitor dan Laura tidak mempunyai sasaran untuk mengakhiri kembara mereka,
kerana masing-masing mempunyai citarasa yang sama, suka mengembara dan lebih
selesa mengamalkan kehidupan secara nomad.
Selepas ini mereka berempat akan meneruskan perjalanan ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Loas, Burma dan beberapa buah lagi negara Asia. -- sumber TV9 Kedah
Selepas ini mereka berempat akan meneruskan perjalanan ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Loas, Burma dan beberapa buah lagi negara Asia. -- sumber TV9 Kedah
No comments:
Post a Comment