Showing posts with label kayuhan. Show all posts
Showing posts with label kayuhan. Show all posts

Monday, 23 September 2013

Berbasikal Dari Sepanyol

BERBASIKAL dari Sepanyol sejak lebih setahun lepas, sepasang suami isteri ini melalui pengalaman yang menakjubkan dengan pelbagai rintangan dalam perjalanan kembara panjang ke Asia (Road To Asia).
Menempuh cuaca sejuk di Itali, perkampungan batu di Turkey, lembah bersalji di Tajikistan, gurun kering di Mongolia dan kawasan pergunungan di Tibet dan Cina, Aitor Iguiñitz, 36, dan isterinya Laura Martínez, 37, akhirnya tiba di Malaysia untuk terus berkayuh ke negara-negara di rantau ini.

Mereka ditemani sepasang lagi suami isteri dari Sepanyol, Zigor, 38, dan Maria, 36, yang dikenali semasa di China, sampai di sini, mereka mendapati Malaysia ialah sebuah negara yang mengkagumkan dengan rakyat pelbagai kaum yang mesra dan memikat hati di samping hutan hijau yang masih terpelihara.
Bagi Laura yang pertama kali menjejak kaki ke negara ini, terus merasai Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan wajar dilawati oleh pengembara-pengembara sepertinya.

“very nice, the one charaterist i find in Malaysia one is the jungle and the beuty, also beuty of the people because is very smilely poeple because is going to smilely and very friendly, many day is raining so for us this thing is not a problem because... a little bit own, every day we ask to people to came down of the roof and we found we were always welcome in church, in mosque, with the police with some poeple, always welcome no one problem so is very nice, easy tto travel because people a great,” ujar Laura

Mereka tiba dari China sejak dua minggu lepas,  mula berkayuh dari Kuala Lumpur melalui Cameron Highland dan Pulau Pinang dan sempat ditemui wakil media di Kuala Sala, dekat Alor Setar, Kedah, dalam perjalanan mereka untuk ke Thailand.
Aitor seorang juruteknik elektrik dan Laura, jurulatih gymnisium memulakan kayuhan daripada Andoain, Utara Sepanyol pada Februari 2012 dan kini telahpun menempuh lebih 35,000 kilometer perjalanan melalui beberapa negara Eropah dan Asia Tengah.

Sementara itu bagi Aitor, beliau melahirkan kekaguman terhadap penduduk di negara ini yang saling hormat menghormati di antara satu sama lain terutama kepada orang asing dan pelancong seperti mereka.

Katanya, jika ada kesempatan dan ruang waktu beliau dan isteri akan datang lagi ke Malaysia, kerana masing-masing sudah jatuh cinta dengan negara ini.
“wuhh.. malaysia it have one very good thing and most of these people is speak some english, so for us the comunacation is so easy, anything we need we just have to speak with them and their understand, because now we are coming from China, in China comunation is almost possible, after came here the people is so friendly is very easy for travel,” kata Aitor
Aitor dan Laura tidak mempunyai sasaran untuk mengakhiri kembara mereka, kerana masing-masing mempunyai citarasa yang sama, suka mengembara dan lebih selesa mengamalkan kehidupan secara nomad.

Selepas ini mereka berempat akan meneruskan perjalanan ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Loas, Burma dan beberapa buah lagi negara Asia. --
sumber TV9 Kedah

Tuesday, 17 September 2013

Puteri DiRaja Kayuh Basikal

NANA kagum dengan semangat yang ditampilkan oleh Puteri Sultan Kedah, Tunku Panglima Besar, Tunku Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim yang berkayuh basikal sejauh 50 kilometer bersama rakyat jelata.

Baginda berjaya menamatkan kayuhan itu, walaupun sedikit agak letih di akhir-akhir perjalanan.

Kayuhan itu diadakan sempena sambutan Hari Malaysia di Kedah, banginda yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, bersama rakyat jelata menyertai program yang dinamakan “Kayuhan Kesihatan dan Alam Sekitar".

Tunku Intan Shafinaz bersama 800 peserta melakukan kayuhan berbasikal sejauh 50 kilometer yang bermula dari Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Baginda mengambil masa lebih dua jam menamatkan kayuhan itu yang melalui bandaraya Alor Setar kemudian ke Jitra dan kembali semula.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah.

Turut serta dalam kayuhan itu ialah beberapa orang kenamaan termasuk Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kedah, Aziz Hamid berkata, program kali ini merupakan kali ketiga dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia.

Ini merupakan kali pertama Tunku Intan Shafinaz yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah dan Tunku Abdul Hamid Thani menyertai kayuhan ini bersama rakyat jelata.