TOKONG IBRAHIM ataupun penduduk tempatan ada yang menyebutnya dengan panggilan Tokong Haji Ibrahim, sudah lama bertapak di Langkawi, Kedah.
Tokong itu antara yang misteri dan pelik di Langkawi kerana di dalamnya terdapat sebuah patung hitam (tok pekong) berukiran wajah seorang lelaki yang bersongkok dipercayai sebagai imej seorang lelaki Islam bernama 'Ibrahim'.
Tokong itu kini diuruskan dan dijaga oleh segelintir masyarakat Tionghua di Langkawi dan dilawati dan digunakan untuk upacara ritual bagi penganut-penganut yang bukan beragama Islam.
Ada yang beranggapan bersembah di Tokong Ibrahim boleh membawa tuah dan beroleh kesenangan.
Dipercayai tokong ini dibina berasaskan kepercayaan dan kekaguman segelintir masyarakat bukan Islam terhadap seorang lelaki jujur dan berkeperibadian mulia yang mereka kenali sebagai 'Ibrahim', seorang yang warak amalan agamanya.
Mungkin lokasi tokong itu juga dianggap karamat dan terdapat
dakwaan, pada suatu ketika dahulu jelmaan seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ibrahim' sering muncul di situ.
Nana mendapat maklumat ini melalui seorang Rakan Facebook yang pernah berkunjung ke Tokong Ibrahim di Langkawi pada sekitar tahun 2011.
Rakan Facebook itu turut memaparkan beberapa keping foto beliau yang dirakam di Tokong Ibrahim, dalam laman sosial itu pada 26 Oktober 2011.
Tokong Ibrahim mungkin sinonim dengan masyarakat setempat di Langkawi berdasarkan lokasi sebuah restoran popular 'Chap Nya Yee Laksa Langkawi' yang dipaparkan dalam laman info kembara TripAdvisor.com.my, beralamat di 12-A, Belakang Tokong Ibrahim, Langkawi, Malaysia.
Nana rasa, kewujudan tokong itu dengan nama seorang lelaki yang status agamanya sudah pasti Islam, iaitu 'Ibrahim' adalah untuk diabadikan, kerana kelompok mereka mempercayai adanya karamat pada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
Dan nama itu perlu mereka hargai dan mendewakannya sehingga terdirinya Tokong Ibrahim.
Nana rasa, masyarakat setempat di Langkawi pun sedia maklum, ketika kewujudan Tokong Ibrahim secara tidak drastik suatu ketika dahulu, ianya bukan bertujuan untuk mempersendakan dan mencemarkan intitusi agama Islam.
Ianya cuma satu cara, bagi satu kumpulan masyarakat yang menggagung seseorang dan kemudian menterjemahkannya berdasarkan kepercayaan syirik dan falsafah keagamaan yang mereka anuti, tanpa menyedari faktor sensitiviti mungkin terpalit sedikit bagi sesetengah pihak.
No comments:
Post a Comment