JIKA sekali pandang tiada apa yang harus dibanggakan terhadap lelaki ini, kerjayanya cuma sebagai petani, menatap pula di rumah kampung biasa.
Namun di sebalik itu, beliau sewajarnya perlu dijadikan ikon kebanggaan rakyat kerana menunjukkan semangat patriotik yang tinggi dengan penuh jati diri terhadap negara.
Dalam keadaan rumah kediaman dan bangunan berhampirannya masih lesu untuk mengibarkan Jalur Gemilang, Mohd Salleh Mohd Lazim, 43, yang tinggal di Kampung Batu 5, Simpang Empat, dekat Alor Setar, Kedah, mengambil pendekatan sebaliknya.
Beliau sanggup menghabiskan wang RM500 setiap tahun, bagi meraikan kempen mengibar jalur gemilang, setiap kali menjelangnya sambutan bulan kemerdekaan negara.
Walaupun paparan pemasangan bendera itu tidak begitu teratur, tetapi ianya kelihatan cukup meriah dan ceria, dengan warna merah dan putih mendominasikan halaman rumahnya.
Tidak sekadar itu, sebuah pintu gerbang dengan dipenuhi jalur gemilang turut dibina, di samping beberapa bendera negeri-negeri di malaysia turut dipasangnya.
"kira mula tu saya buat tak berapa banyak, mula kira daripada depan batas sahaja, cuma orang kata nak tarik minat bagi orang tengok, kira orang kampung pa bagi masyarakat kampung pakat pasang bendera semua, selepas tu daripada sittu mula saya menceburi orang kata masuk unttuk pertandingan peringkat kebangsaan apa semua, sampai sekaranglah," ujarnya dengan nada sebak.
Mohd Salleh berkata, semua Jalur Gemilang dan bendera negeri dibelinya sendiri dan sudah lapan tahun berturut-turut beliau menghiasi halaman rumahnya itu dengan cara begini.
Beliau yang tinggal bersama isteri dan lima orang anaknya di rumah itu berkata, akan terus meraikan kibaran Jalur Gemilang dengan caranya ini setiap tahun selagi ada hayatnya.
Beliau berharap, apa yang dilakukan itu dapat menyemarakkan lagi semangat jiran-jiran dan penduduk kampung untuk sama-sama mengibarkan Jalur emilang secara lebih meriah.
Nana harap dengan cerita ini, diharap mana-mana pemimpin dan wakil rakyat dapat menjenguk keadaan sebenar Mohd Salleh di rumahnya, sekurang-kurangnya bagi memberi perhargaan terhadap apa yang dilakukannya.
Penuh semangat patriotik walaupun banyak kekurangan
ReplyDeleteIlmu Usahawan Berjaya KLIK SINI