Sunday, 21 July 2013

Keindahan Unik Palestin

JIKA sebut Palestin, pasti ramai antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, pembunuhan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, kawasan tandus dan sebahagiannya kering kontang.

Umum menggambarkan sisi buruk dan kucar kacir bumi anbiya itu.

Sekarang, sila buang jauh-jauh bayangan panorama yang tidak tidak elok itu, apa kata kita hayati foto-foto bumi Palestin dari sisi lain dengan keindahannya yang mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini.

Banyak foto menarik yang dapat Nana kesan akan keindahannya, namun cukup sekadar Nana paparkan tiga foto landskap yang terdapat di Bisan, Tabariyya dan Palestin Utara untuk anda bayangkan.

: Bisan

Kota Bisan terletak di bahagian utara Palestin iaitu di sebelah tenggara. Pada Zulkaedah tahun 13Hijrah bersamaan 634Masehi kota Bisan berjaya dibuka oleh tentera Islam yang dipimpin oleh panglima Syarhabil bin Hasanah dan Amru bin al-‘As.

Satu peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan adalah peristiwa peperangan Ain Jalut. Peristiwa ini berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds.

Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. 



: Tabariyya


Tabariyya berada di kawasan kitaran mata air  sungai Yordania yang menjadi sebahagian daripada Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah timur dan wilayah barat Suriah  dan danau Al- Hola di Laut Tengah.

Bandar untuk wilayah ini ialah Tiberias, yang telah dimuliakan dalam agama Yahudi sejak pertengahan abad ke-2 sebelum Masehi dan sejak abad ke-16 telah dianggap sebagai salah satu Empat Bandar Suci Yahudi, bersama-sama dengan Jerusalem, Hebron dan Safed.

Pada abad ke-2 hingga 10 Masehi, Tiberias merupakan bandar terbesar Yahudi di Galilea dan pusat politik dan agama orang-orang Yahudi di Palestin. Ia telah sejarah telah terkenal dengan mata air panas, dipercayai untuk menyembuhkan kulit dan penyakit lain, untuk beribu-ribu tahun.



: Palestin Utara

Palestin Utaraa meluas dari Nablus untuk atas Galilee sehingga selatan Syria dan utara Jordan.

Paling terkenal di kawasan ini pada lewat abad ke-19 ialah kot terbuka lengan pendek (durra'a) yang diperbuat daripada tenunan tempatan kain kapas nila biru, merah dan warna coklat dengan sulaman yang sangat sedikit.

Kot itu telah dihiasi dengan indah bercorakan tompok merah, kuning dan hijau kain taf atau kain satin dalam bentuk segi empat tepat atau segi tiga. - suntingan daripada Kartikel.com

Saturday, 20 July 2013

Para-Sailing NAAM Selamat

TANGGAPAN orang ramai tentang tahap keselamatan terhadap aktiviti sukan luncur udara di laut para-sailing, memang agak meragukan.

Dakwaan terbabit ditambah lagi ekoran kejadian seorang pelancong daripada negara Arab maut selepas terjatuh ketika cuba meluncur di udara ketika menaiki para-sailing yang ditarik menerusi sebuah bot di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah tidak lama dulu.

Nana bersama jurukamera turut berkesempatan merasai pengalaman menaiki para-sailing, walaupun gementar pada mulanya tetapi pemandangan saujana mata memandang dari atas udara dengan panorama sekitar Langkawi dan pulau-pulau kecil amat melegakan minda.

Itupun keberanian Nana ingin mencuba para-sailing teretus, setelah tanggapan itu disangkal oleh Naib Presiden NAAM Langkawi, R.Gobalan, yang menyediakan perkhidmatan parasailing ini.


Pada mulanya, agak gayat juga Nana apabila pelayaran bermula dengan ditarik oleh sebuah bot dan parachut semakin meninggi diudara. Hati berkata ketika itu, jika boleh biarlah pelayaran itu berakhir dengan segera. Namun semakin lama berlayar, kepuasan semakin terasa dan ingin kembali mencubanya lagi.

Hakikat sebenar para-sailing mudah dikendalikan oleh orang ramai dengan pemantauan krew pengendali, disamping tidak mengambil mudah aspek-aspek keselamatan.

Kata Gobalan, NAAM Langkawi, yang mengendali parasailing di Tanjung Rhu, Langkawi telah mengambil langkah proaktif dengan memperkemaskan kelengkapan dan ciri-ciri keselamatan baik dari kru parasaling dan bot yang digunakan.

Katanya, bagi mengurangkan risiko, NAAM hanya mengendalikan aktiviti para-sailing pada waktu siang dan di kawasan yang tidak sibuk dan jauh daripada tumpuan ramai.

Untuk itu NAAM menyediakan 20 orang krew terlatih dalam parasailing dan menggunakan bot canggih dengan kelengkapan elektronik,  mencecah kos ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memberi perkhidmatan terbaik dan selamat kepada pelanggannya.


Bagi mengelakkan kemalangan hanya satu para-sailing sahaja yang dibenarkan meluncur pada satu-satu masa dan pelanggan terpaksa menunggu giliran masing-masing.

Gobalan berkata, sebelum peluncuran bermula, krew para-sailing akan mengenakan jaket keselamatan dan kelengkapan untuk dipakai bersama payung terjun dan ianya perlu dipakai dengan kemas dan sempurna untuk menjamin keselamatan.

Katanya, sambil mengemaskan kelengkapan untuk para-sailing, krew akan memberi taklimat bagaimana dan cara-cara dari mula hendak terbang hinggalah waktu mendarat.



Friday, 19 July 2013

Wanita Berwajah iPad

NEW YORK: Kemunculan seorang gadis gila berwajah iPad – hanya dikenali sebagai Mia – bersiar-siar di jalan menarik perhatian ramai apabila kepalanya ‘digantikan’ dengan iPad.

Ketika bersiar-siar, paparan pada iPad itu menunjukkan imej ‘kepala’ Mia dalam pelbagai aksi, termasuk membaca buku dan tersenyum.

Empat iPad digunakan bagi memaparkan imej ‘kepala’ Mia melalui empat sudut, iaitu depan, belakang, kiri dan kanan. 

Rakaman aksi Mia yang tidak masuk akal ini juga menarik perhatian ramai di YouTube apabila video itu mendapat kunjungan hampir 40,000 dalam tempoh kurang 24 jam. 

Pada akhir klip itu, seseorang dilihat melalui depan muka Mia dan mendapati dia sedang membaca majalah wanita.Pihak berkuasa New York akhirnya menangkap gadis itu atas alasan mengganggu ketenteraman awam. - sumber Kartikel

Thursday, 18 July 2013

Leteran Api Wartawan

MATT Nazriee rakan baik Nana, beliau pernah membuat persembahan seni bermain api di Menara Alor Setar, Kedah semasa sambutan malam ambang tahun baru 2013 dan beliau yang juga seorang wartawan, turut menyertai rancangan realiti 'Mimpi Ke Bintang' peringkat zon utara yang disiarkan secara langsung di TV2. Kini beliau bersedia untuk membuat persembahan itu di majlis-majlis keramaian, sambutan hari jadi, resepsi perkahwinan dan lain-lain dengan jenama 'Leteran Api Wartawan (Journalist On Fire)'

FIRE Eating and particularly Fire-Breathing is possibly the most dangerous and potentially injurious art to be found in circus, theatre and street performing. 

Experimenting without knowledge may be fatal and the first steps should be taken ONLY in the presence of an experienced person who fully understands the dangers.

Local journalist, Matt Nazriee Hassan understand the danger and now he ready to perform fire eating show with branding of 'Journalist On Fire'

Trained by experts five years ago and like to perform his show every where at any time with free of charge for charity show. Conctact Matt Nazriee with showbiz Journalist On Fire at 017-4517054

Santai Di Stadium Darulaman



NANA sempat ke Stadium Darulaman di Alor Setar, Kedah menyaksikan perlawanan bola sepak, Kedah bertemu Perlis, dalam saingan Liga Perdana, tidak lama dulu.

Menariknya Nana dapat menyaksikan rakan-rakan media membuat liputan sepanjang perlawanan itu dan teruja untuk menjadi jurukamera pula.

Sebenarnya bolasepak mampu menyemarakkan lagi sektor pelancongan di negara ini, jika kena caranya.

Friday, 12 July 2013

Naik Feri Di Bilik Jurumudi


NANA ke Langkawi ada tugasan. Sampai sahaja di jeti Kuala Kedah pada 9.45 pagi, tiket feri bertolak dari Kuala Kedah pada 10.15 sudah kehabisan, terpaksa tunggu perjalanan feri pada pukul 11.45 pagi.

Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi biasanya akan mengambil masa 1 jam 45 minit, memandangkan Nana perlu berurusan dengan tugasan di Langkawi pada jam 12.30 tengahari, adalah tidak wajar dengan masa jika menaiki feri pada 11.45 pagi itu.

Mahu tidak mahu Nana terpaksa memohon ehsan daripada pengurus syarikat feri itu sendiri agar Nana dan dan dua lagi rakan dapat menumpang feri pada perjalanan 10.15 itu juga.

Merayu punya merayu, akhirnya Nana dibenarkan juga menaiki feri pada 10.15 pagi itu. Masalah memang pengunjung ke Langkawi itu ramai, kebetulan musim cuti sekolah pula, jadi memang tiada tempat duduk lagi untuk kami bertiga.

Bagaimanapun, Nana bersyukur dapat juga meneruskan perjalanan ke Langkawi pada pukul 10.15 pagi, tapi terpaksa berkongsi perjalanan di bilik navigasi iaitu bilik jurumudi feri itu bersama-sama dengan krew dan kapten kapal.

Di bilik itu, Nana mendapat pengalaman baru bagaimana pelayaran feri itu di kemudikan dari Kuala Kedah ke Langkawi.


GPS adalah satu gajet yang penting bagi mengemudikan pelayaran feri itu, selain terdapat alatan lain yang dapat memberi bacaan kedalaman laut dan memperincikan objek-objek dan hidupan laut, seperti ikan dan lain-lain.

Jurumudi dan kapten kapal sekadar berpandu mesin yang serba canggih itu bagi memastikan perjalanan tiba ke destinasinya dengan selamat.

Ladang Nira Nipah

KETIKA  perjalanan pulang dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, singgah sebentar di Sanglang, Perlis, Nana terpegun melihat berderetan pepohon nipah yang dijadikan ladang diusahakan oleh seorang penduduk tempatan.

Menariknya, beliau mengusahakan pengeluaran nira nipah secara komersial dan turut membina taman nira nipah dengan landskap yang begitu santai dan nyaman untuk tujuan pelancongan.


Dalam taman itu terdiri beberapa buah chelet kecil di bina buat pengunjung berehat dengan menikmati nira nipahnya yang manis. Jika di waktu panas terik, keadaan di dalam taman itu tidak terasa bahangnya kerana di kelilingi hutan nipah yang mendinginkan suasana.


Sambil berehat sambil minum nira nipah, pengunjung juga boleh menikmati jelly nira nipah dan laksa utara.


Komitmennya membuatkan MARDI turut berminat dengan memberi bantuan dan latihan untuk pengeluaran cuka nira nipah secara komersial.