NANA ke Langkawi ada tugasan. Sampai sahaja di jeti Kuala
Kedah pada 9.45 pagi, tiket feri bertolak dari Kuala Kedah pada 10.15 sudah
kehabisan, terpaksa tunggu perjalanan feri pada pukul 11.45 pagi.
Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi biasanya akan
mengambil masa 1 jam 45 minit, memandangkan Nana perlu berurusan dengan tugasan
di Langkawi pada jam 12.30 tengahari, adalah tidak wajar dengan masa jika
menaiki feri pada 11.45 pagi itu.
Mahu tidak mahu Nana terpaksa memohon ehsan daripada
pengurus syarikat feri itu sendiri agar Nana dan dan dua lagi rakan dapat menumpang feri
pada perjalanan 10.15 itu juga.
Merayu punya merayu, akhirnya Nana dibenarkan juga menaiki
feri pada 10.15 pagi itu. Masalah memang pengunjung ke Langkawi itu ramai,
kebetulan musim cuti sekolah pula, jadi memang tiada tempat duduk lagi untuk
kami bertiga.
Bagaimanapun, Nana bersyukur dapat juga meneruskan
perjalanan ke Langkawi pada pukul 10.15 pagi, tapi terpaksa berkongsi
perjalanan di bilik navigasi iaitu bilik jurumudi feri itu bersama-sama dengan
krew dan kapten kapal.
Di bilik itu, Nana mendapat pengalaman baru bagaimana
pelayaran feri itu di kemudikan dari Kuala Kedah ke Langkawi.
GPS adalah satu
gajet yang penting bagi mengemudikan pelayaran feri itu, selain terdapat alatan
lain yang dapat memberi bacaan kedalaman laut dan memperincikan objek-objek dan
hidupan laut, seperti ikan dan lain-lain.
Jurumudi dan kapten kapal sekadar berpandu mesin yang serba
canggih itu bagi memastikan perjalanan tiba ke destinasinya dengan selamat.
No comments:
Post a Comment