Wednesday, 10 December 2014

Nana TV Memburu Berita

nanatv.tripod.com
Nana TV – nanatv.tripod.com yang dilancarkan pada 2014 merupakan portal TV internet ataupun web TV yang memaparkan siaran berita, rakaman aktiviti dan klip video yang diproduksi sendiri oleh krew Nana TV.


Berita dan klip video yang dipaparkan Nana TV merangkumi isu-isu semasa, destinasi pelancongan, perhotelan, pengembaraan, kejohanan sukan, cabaran lasak, aktiviti seni dan budaya, program kemasyarakatan serta kemanusian, politik, ekonomi dan perniagaan serta apa juga yang berteraskan ‘human interest’.

Nana TV yang dibangunkan oleh Nana Unique Production Ent., ditangani oleh krew-krew yang berpengalaman luas di dalam bidang kewartawanan, penyiaran dan fotografi media dengan pernah menimba tugasan bersama akhbar perdana serta membuat liputan untuk stesen TV utama nasional.

Membawa tagline Malaysia TV Network, Nana TV bersedia untuk membuat liputan sebarang acara, aktiviti, program dan sidang media yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, syarikat, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan ataupun mereka yang mewakili mana-mana individu.
Berita dan klip video liputan kami akan diberi siaran secara percuma dan meluas di beberapa aplikasi media sosial milik kami, selain disiarkan di portal TV internet nanatv.tripod.com , ianya akan, 


-dimuat turun di channel Nana TV YouTube
-disiarkan di halaman blog nanaunique.blogspot.com
-dipaparkan di laman sosial facebook mynanatv
-ditweet dalam aplikasi twitter @nana_uniq

Sebagai saluran TV internet yang belum lagi menjana keuntungan, pihak penganjur atau sesiapa sahaja yang mahu aktiviti dan event mereka disiarkan dalam Nana TV, segala kos perjalanan, penginapan dan makan minum perlu disediakan untuk krew-krew kami.

Segala input berita dan visual yang kami siarkan adalah tertakluk kepada etika kewartawanan yang kami miliki dan ianya tidak terdorong atas kehendak mana-mana pihak mahupun pihak penganjuran yang sengaja memanipulasi sebarang bentuk berita untuk tujuan penipuan ataupun mencetuskan kontroversi.

Sebarang pertanyaan ataupun urusan bagi jemputan media untuk khidmat krew Nana TV boleh terus menghubungi Nana Hussin di talian 012-583 5477 atau 019-441 1837 atau emel nanauniq@gmail.com dan boleh membuat tempahan atau jemputan media melalui e-borang “Assignment” yang disediakan di halaman menu kontek nanatv.tripod.com .

Bahan-bahan hasil liputan dan rakaman yang disiarkan ataupun tidak disiarkan adalah milik Nana TV dan permintaan bagi mendapatkan salinan rakaman dan klip video yang telah disunting boleh menghubungi krew Nana TV dengan sedikit bayaran. - Nana TV @ nanatv.tripod.com 

Inovatif Terumbu Langkawi

Tukun Tiruan meningkatkan kemampuan industri perikanan dan eko-pelancongan.

Menyedari hakikat itu sebuah syarikat produk bahan binaan dan perhotelan  yang berpengkalan di Langkawi, Kedah mewujudkan modul inovasi penggunaan tukun tiruan secara besar-besaran di sekitar Teluk Datai, Langkawi.

Ini ekoran, projek perintis tahun lepas yang menyaksikan kejayaan lima modul inovatif tukun tiruan yang dikenali sebagai ‘AMRS’  dapat menarik kehidupan marin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, kali ini sejumlah 52 modul tukun tiruan yang serupa diletakkan ke dalam laut, melebihi kawasan 1,000 meter persegi dengan tempoh matang dianggarkan selama 10 tahun.

Katanya, ARMS bakal meningkatkan kemampuan industri perikanan yang melibatkan ramai anak tempatan, serta industri eko-pelancongan yang menjana pendapatan utama pulau pelancongan itu.

Mohd Rawi yang juga ahli dewan undangan negeri (adun) padang matsirat, langkawi, yakin usaha syarikat simen, ‘Lafarge Malaysia’ dan resort The Andaman’ yang merintis usaha itu dapat menyediakan penyelesaian terhadap kemusnahan termbu karang dan memelihara biodiversiti spesis marin.

"pada hari ini mengambil berat tentang alam sekitar terutamanya tentang hidupan laut atau karang dan saya yakin dengan adanya karang baru yang akan dating dia akan member impak yang positif kepada industry pelancongan dan nelayan-nelayan dengan adanya pendekatan tangkapan ikan di kawasan ini.. insyaallah," katanya


Beliau berkata kepada media selepas menyaksikan pelepasan modul tukun tiruan ARMS di Teluk Datai, Langkawi, Kedah.

Menurut Mohd Rawi, terumbu karang pinggir di hadapan resort ‘The Andaman’ telah mengalami kerosakan yang teruk pada 2004 sebelum ini, memandangkan ianya menjadi pelindung dengan memecahkan kuasa ombak tsunami.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge, Bradley Mulroney berkata, tukun tiruan ARMS dibuat khusus untuk memenuhi sifat unik terumbu karang yang sedia ada.

Katanya, modul tukun tiruan ini direka khas untuk mewujudkan ruang persembunyian yang maksimun untuk pelbagai saiz ikan selain meningkatkan ekosistem bawah laut serta hidupan marinnya.

Beliau berkata, usaha seperti ini memberi ruang untuk semua pihak memperbaiki keadaan alam sekitar terumbu serta memperkasakan industri pelancongan serta menyediakan aktiviti kemudahan pendidikan, penyelidikan dan rekreasi. -- Nana TV @ nanatv.tripod.com

Thursday, 27 November 2014

Buaya Baham Wanita Bergaya

Seorang wanita yang bergaya bersama sebuah beg yang dihasilkan daripada kulit buaya menerima nasib malang, apabila dibaham seekor buaya ganas ketika cuba bergambar kenangan di tepian sebuah tasik bersama seorang rakannya.

Bagaimanapun rakannya terselamat daripada menjadi mangsa buaya itu, sambil menjerit-jerit meminta pertolongan daripada seorang individu yang sempat merakamkan aksi itu melalui telefon bimbitnya.


Saksikan rakaman yang mendebarkan dan penuh tragis itu pada video yang dipaparkan. -- Nana TV @ nanatv.tripod.com

Saturday, 22 November 2014

Bronox Serang Langkawi

Gempar! Fenomena alam yang tidak pernah berlaku di Langkawi, Kedah. Baru-baru ini, beribu-ribu bronox, spesis hidupan laut yang sejenis dengan gamat laut tiba-tiba terdampar di persekitaran pantai di Langkawi.


Fenomena ini menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke beberapa pantai bagi mengutip bronox bagaikan satu pesta.

Bronox sedap dibuat kerabu mentah, sejenis makanan tradisi Melayu sejak turun temurun.

Bagi yang tak mengenali apa itu "Bronox" , nama saintifiknya iaitu Acaudina Molpadioides merupakan sejenis haiwan hidupan laut seperti gamat ataupun timun laut. Bentuknya seakan-akan lintah gergasi yg berwarna merah jambu atau coklat. 

Jadi, misterinya apabila Bronox naik terdampar ke pantai secara berjamaah kerana ia merupakan haiwan yang berada di dalam laut terutama laut yang berselut. Apakah petandanya ini? Mungkinkah akan berlaku bencana atau kejadian luarbiasa? 

Saksikan video Fenomena Bronox Langkawi di nanatv.tripod.com dengan alunan muzik lagu "Merayu - by Thomos"

Wanita Tersungkur Berbasikal

Atlet berbasikal wanita Malaysia bersaing dengan penuh semangat, namun malang menimpa apabila basikal yang sedang dipecutnya ketika menuruni anak tangga gagal dikawal, beliau tersungkur menyembam tanah. Krew Nana TV sempat merakamkan detik-detik atlet wanita itu tersungkur, Saksikan video tragis itu di nanatv.tripod.com.


LANGKAWI, Kedah: Nasib malang menimpa peserta wanita elit negara pada hari terakhir edisi kelima Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 yang berlangsung di Taman Lagenda, Kuah, Langkawi.

Pelumba dari kelab chiru endurace
Malaysia), Nor Syamin Akmar Nor Saidi cedera teruk di bahagian bahu apabila tersungkur ketika menuruni laluan anak tangga apabila sedang bersaing dalam peringkat ke lima cabaran terbabit.

Beliau gagal mengawal basikal lalu tersungkur dengan badan dan mukanya tersembam ke tanah dan terus tidak dapat bangun
.

Ketika itu beliau bersama 23 peserta wanita lain sedang bersaing dalam pusingan pertama peringkat kelima cabaran itu dalam kategori wanita elit
.

Melihatkan Nor Syamin Akmar tidak bangun-bangun selepas tersungkur ketika basikalnya melayang sebaik mahu melepasi anak tangga itu
anggota para-medik kemudian bergegas menghulurkan bantuan kecemasan.

Anggota paramedik kemudian terpaksa memapah nor syamin akmar dan melihatkan kecederaan yang dialaminya serius beliau kemudian terus dikejarkan ke Hospital Langkawi -- nanatv.tripod.com


Pesenan Penaja: Jangan lupa bersantai bersama AXIATA CUP, India bakal jadi juara badminton di dunia.

Thursday, 20 November 2014

Jamal Abdillah Imej Botok

KUALA LUMPUR: selepas pulang daripada mengerjakan rukun Islam yang kelima di Mekah, penyanyi tersohor bersuara jantan, Datuk Jamal Abdillah kini berwajah baharu dengan imej botak.

Kemunculan Jamal pada
Malam Kasih Bertaut Nostalgia Bersemi, sempena reunion 2014, Almuni PETRA Kuala Krai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu, cukup membuatkan peminat setianya teruja dengan penampilan yang sebegitu.

Turut hadir ialah penaung PETRA Kuala Krai, Tan Sri Dr Nadzmi Salleh dan Presiden Alumni Datuk Dr Rosemi Salleh.


Walaupun masih kurang sihat, dengan sedikit deman serta batok selepas pulang mengerjakan ibadah haji itu, Jamal tetap tidak menghampakan peminat-peminatnya dengan persembahan mantap dan bertenaga.


Jamal menyampaikan madley lagu-lagu popularnya pada persembahan itu. - nanatv.tripod.com



Wanita Brazil, Malaysia Gaduh

LANGKAWI, Kedah : Peserta Malaysia, Juara wanita Muay Thai Kuala Lumpur, Ella Tang tidak mudah menyerah kalah dengan memberi tentangan sengit kepada pencabarnya Juliana Rosa dari Brazil ketika bertarung dalam Cabaran Muay Thai Dunia 2014 Z1 Royal Kedah di Dewan Mahsuri, Langkawi, Kedah.

Ella yang merupakan peninju wanita Muay Thai pertama negara yang mewakili Malaysia ke kejohanan Muay Thai antarabangsa. Beliau tewas dengan kiraan mata dalam pertarungan tiga pusingan. -- Nana TV @
nanatv.tripod.com