Showing posts with label LIMBC. Show all posts
Showing posts with label LIMBC. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Wanita Tersungkur Berbasikal

Atlet berbasikal wanita Malaysia bersaing dengan penuh semangat, namun malang menimpa apabila basikal yang sedang dipecutnya ketika menuruni anak tangga gagal dikawal, beliau tersungkur menyembam tanah. Krew Nana TV sempat merakamkan detik-detik atlet wanita itu tersungkur, Saksikan video tragis itu di nanatv.tripod.com.


LANGKAWI, Kedah: Nasib malang menimpa peserta wanita elit negara pada hari terakhir edisi kelima Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 yang berlangsung di Taman Lagenda, Kuah, Langkawi.

Pelumba dari kelab chiru endurace
Malaysia), Nor Syamin Akmar Nor Saidi cedera teruk di bahagian bahu apabila tersungkur ketika menuruni laluan anak tangga apabila sedang bersaing dalam peringkat ke lima cabaran terbabit.

Beliau gagal mengawal basikal lalu tersungkur dengan badan dan mukanya tersembam ke tanah dan terus tidak dapat bangun
.

Ketika itu beliau bersama 23 peserta wanita lain sedang bersaing dalam pusingan pertama peringkat kelima cabaran itu dalam kategori wanita elit
.

Melihatkan Nor Syamin Akmar tidak bangun-bangun selepas tersungkur ketika basikalnya melayang sebaik mahu melepasi anak tangga itu
anggota para-medik kemudian bergegas menghulurkan bantuan kecemasan.

Anggota paramedik kemudian terpaksa memapah nor syamin akmar dan melihatkan kecederaan yang dialaminya serius beliau kemudian terus dikejarkan ke Hospital Langkawi -- nanatv.tripod.com


Pesenan Penaja: Jangan lupa bersantai bersama AXIATA CUP, India bakal jadi juara badminton di dunia.

Tuesday, 8 October 2013

Kayuhan Wanita Solo


Langkawi International Mountain Bike Challenge (LIMBC) 2013 sudah pun melabuh tirai, ada kejutan dalam siri ke-empat LIMBC kali ini, apabila pelumba dari Asia, Kohei Yamamoto dari Jepun dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori Lelaki terbuka.

Apa pun, Nana bukan nak mengulangi berita-berita kejohanan itu yang telahpun dipaparkan oleh media.

Nana nak berkongsi mengenai kekentalan semangat seorang wanita yang turut serta memeriahkan LIMBC kali ini.

Nordiana Md Daud, 36, berasal dari Sri Damansara, Kuala Lumpur bukannya pelumba hebat, tidak pernah langsung menyertai mana-mana kelab berbasikal di negara ini.

Tetapi komitmen dan semangatnya untuk menyertai acara berbasikal harus dipuji dan dikagumi.
Bagi LIMBC kali ini, Nordiana mengambil bahagian dalam perlumbaan Jambori (Fun Ride). Acara ini terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk mengayuh basikal sejauh 40 kilometer dan merasai sendiri kehebatan pertempuran sebenar di dalam LIMBC.

Acara Jambori ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, asalkan mempunyai basikal dan helmet sudah layak untuk memasuki perlumbaan Jambori.

Menariknyya, Nordiana tidak datang secara berkumpulan ataupun berdua untuk menyertai acara Jambori ini, beliau hanya datang seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa.

Itulah yang dilakukan oleh Nordiana, bagi mana-mana acara perlumbaan yang disertainya, beliau akan hadir seorang diri.
Sejak aktif dalam aktiviti berbasikal dua tahun lepas, beliau telah menjelajah ke beberapa tempat bagi menyertai acara berbasikal seperti Century Ride yang berlangsung di Kuantan, Kuala Terengganu dan Ipoh.

Bukan kemenangan sebagai juara yang diidamkan tetapi dapat menghabiskan perlumbaan itu sudah memberi satu kepuasan pada dirinya.

Berbasikal adalah hobinya kini dan beliau sanggup meminta cuti dari majikannya semata-mata untuk menyertai mana-mana acara berbasikal termasuk LIMBC kali ini.

Kemana-mana pun beliau pergi untuk berbasikal, beliau tetap seorang diri tanpa sesiapa di sampingnya.