Memandangkan selalu ke Langkawi, Nana mengambil langkah menyewa sebuah bilik kosong di Langkawi secara tetap dan Nana hiasi bilik itu dengan peralatan perabut yang Nana beli sendiri.Bilik itu terletak betul-betul di tengah pekan Kuah kira-kira 3 kilometer daripada Jeti Langkawi. Berhampiran pusat membeli belah terkenal seperti Haji Ismail Group, Langkawi Saga dan premis-premis makanan terkenal.
Bagi rakan-rakan blogger yang ingin berkunjung ke Langkawi, dan bercadang untuk mendapatkan penginapan yang murah, selesa dan berhampiran dengan pelbagai kemudahan, Nana bercadang untuk menyewakan kepada rakan-rakan dengan kadar RM50 - RM80 sehari semalam.
Bilik Nana itu menyediakan kemudahan televisyen, peti ais, kipas angin dan bilik air. Turut disediakan juga kemudahan wifi dengan kadar penggunaannya RM2 sehari.
Mana-mana rakan blogger yang berminat untuk menyewa bilik Nana itu, sila hubungi Nana atau tinggalkan komen-komen dalam laman blog ini. Nana akan bantu rakan-rakan semua.

