GERIK, PERAK : Tasik Banding dekat Gerik, Perak menempatkan beratus-ratus masyarakat Orang Asli yang tinggal di pulau-pulau tasik itu. Walaupun jauh di pendalaman namun, anak-anak muda Orang Asli di situ minat dengan muzik. Nana TV sempat merakamkan lagu unik masyarakat di situ. -http://nanatv.tripod.com
Tuesday, 2 June 2015
Sunday, 31 May 2015
Langkawi Ocean Residence
LANGKAWI, KEDAH : When traveling, do you favor to stay at places with character and an individual feel? If so, The Ocean Residence Langkawi is likely to be perfect fit!. Set directly on the shores of Andaman Sea, the residence compound stretches 700 meters along the waterfront.
Thursday, 21 May 2015
Amazing Nature, Amazing Man
Paul Penders product are internationally accredited certified vegan. Natural botanical and oranic inredients are meticulousy cosen to bring out the best possible, ultimate radiant and soft skin.
At the hearts of Paul Penders is,...
- Global American AVA Vegan Certified
- Use Natural & Organic Ingredients
- Over 50 years Strictly No Animal Test
- 100 year old LevensESSENTIE Gold Herbal Extract
- Ethical & Environmental Responsible Company
link to http://nanatv.tripod.com
Wednesday, 20 May 2015
Mas Kawin Akmal-Fatin RM1,111
JITRA, KEDAH : Jurutera Elektronik, Akmal Aliff, dan Pensyarah Fizik, Fatin Nadia, memutik cinta di United Kingdom, ketika masing-masing belajar di sana. Pertemuan secara tidak sengaja di salah sebuah pusat rekreasi lasak di Nottingam membuatkan merpati dua sejoli lebih akrab.
Fatin, 24 berasal dari Kedah dan Akmal, 25 dari Kuala Lumpur mengambil langkah membina ikatan kukuh dengan komitmen yang tinggi kerana masing-masing berada jauh di perantauan.
Selepas tamat belajar dan masing-masing telah bekerja mereka tidak mengambil masa yang lama untuk untuk meneruskan legasi putik-putik cinta itu dengan ikatan perkawinan yang unggul.
Mereka diijabkabulkan pada 9 Mei 2015 dengan mas kawin RM1,111.00 . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Al-Muhsinin, Darulaman Heights, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah dan kenduri kawin berlangsung di Kolej Height Utara.
Akmal adalah lulusan Master of Electronic & Communication Engineering dan Fatin dengan Bachelor of Physics bersama sijil lanjutan pendidikan.
Nana doakan semoga pasangan ini bahagia sepanjang usia. -- nanatv.tripod.com
Chalet Keringat Tok Janggut
Walaupun dari kalangan orang kurang upaya, namun pengusaha itu membangunkan kawasan itu sebagai destinasi percutian berkonsepkan alam semulajadi, dengan keringatnya sendiri dan modal tidak seberapa.
Kesungguhan Mohd Isa Ramli, 41, yang lumpuh di bahagian pinggang hingga ke kaki akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lampau, kini mula membuahkan hasil.
Bekas pemandu lori itu, tanpa sebarang pengalaman hanya sekadar memberanikan diri membangunkankan tanah sekangkang kera miliknya itu sebagai aset ekonominya untuk masa hadapan.
Memandangkan kecacatannya itu, mohd ramli merasakan perlu untuk beliau menyediakan tapak bagi mencari sumber pendapatan kerana tidak mampu lagi untuk melakukan kerja-kerja berat bagi menyara kehidupannya bersama dua orang anak.
link to http://nanatv.tripod.com
Friday, 10 April 2015
Hentian Batu 13
BATU MELINTANG, Jeli, Kelantan : Satu kawasan rekreasi dikenali sebagai Batu 13 di Lebuh Raya Raya Timur-Barat berhampiran Batu Melintang, dekat Jeli, Kelantan, perlu diberi perhatian untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.
Ia merupakan kawasan RNR yang terletak bersebelahan Lebuh Raya Timur-Barat yang sering menjadi tumpuan pemandu-pemandu lori untuk berhenti rehat.
Pemandangan indah dan beberapa kemudahan asas yang tersedia di situ bakal membolehkan Rekreasi Batu 13 itu, menjadi pilihan keluarga untuk beriadah di situ pada hujung minggu.
Panorama alam dan kehidupan flora dan fauna di sekitar hutan dan anak sungai di situ dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengunjung yang menjenguk kawasan rekreasi batu 13 itu.
Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di situ seperti tandas awam, pondok telefon dan pondok rehat.
Terletak 32 kilometer dari bandar Jeli dan 98 km dari Kota Bharu, kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Jeli melalui lebuhraya Timur-Barat akan menemui papan tanda Rekreasi Batu 13.
Namun menyedihkan kawasan di situ kotor dan tiada pengurusan sempurna daripada piak berkuasa tempatan untuk menjadikan kawasan itu lebih selesa untuk dikunjungi.
Batu 13 Jeli is the wettest place and the heaviest rainfall in malaysia with an astounding number more than 6,000 mm (240 in) of mean rainfall annually.
On 2011 a staggering number with 8,596 mm (338.4 in) of a massive rainfall recorded in Batu 13 Jeli, that makes it as the highest rainfall recorded in malaysia.
Wednesday, 25 March 2015
Resort Semua Dalam Satu
PENDANG, KEDAH : Jika
ingin mencari tempat bercuti yang menawarkan perkhidmatan “semua-dalam-satu”, Pendang
Lake Resort yang terletak berhampiran pekan Pendang di Kedah adalah pilihan
yang paling sesuai.
selain merupakan tempat
percutian, ia juga berfungsi sebagai kem latihan ala separa tentera, serta tempat
berkursus bagi peserta kursus kem bina semangat dan kursus motivasi bagi
pelajar sekolah.
Kini, Pendang Lake
Resort merupakan sebuah destinasi pelancongan yang berteraskan rekreasi air
yang popular di Kedah.
Dibangunkan pada tahun
2004, resort yang mempunyai keluasan 12 hektar ini menyediakan pelbagai
kemudahan untuk pencinta sukan air seperti berkayak, jet ski, bot kawalan jauh
dan juga sumber untuk memancing ikan air tawar.
Pendang Lake Resort
mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pengunjung boleh memancing dan berkayak
tanpa sebarang bayaran di samping melakukan aktiviti perkhemahan dengan bayaran
yang minima.
Untuk penginapan,
Pendang Lake Resort menyediakan bilik dalam pelbagai kategori seperti superior, deluxe dan junior suite pada harga yang
sangat berpatutan.
Apa yang menarik lagi, lokasi resort yang berdekatan dengan
kawasan kampung membolehkan para pengunjung menikmati juadah kampung seperti
kerabu daging, gulai kambing, masak lemak ikan haruan, sambal belacan,
ulam-ulaman dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pendang Lake Resort di talian 04-7583220 dan 04-7583229 atau 019-5732500 -- nanatv.tripod.com
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pendang Lake Resort di talian 04-7583220 dan 04-7583229 atau 019-5732500 -- nanatv.tripod.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

