Wednesday, 20 May 2015

Chalet Keringat Tok Janggut


GERIK, PERAK : Jika ingin merasai sentuhan alam semulajadi mendengar bunyi deruan air sungai mengalir sambil bersantai di pondok kayu beratap rumbia, pengalaman itu boleh dihayati di satu sudut tebing Sungai Berok, Kampung Padang Stang dekat Gerik, Perak.

Walaupun dari kalangan orang kurang upaya, namun pengusaha itu membangunkan kawasan itu sebagai destinasi percutian berkonsepkan alam semulajadi, dengan keringatnya sendiri dan modal tidak seberapa.

Kesungguhan Mohd Isa Ramli, 41, yang lumpuh di bahagian pinggang hingga ke kaki akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lampau, kini mula membuahkan hasil.

Bekas pemandu lori itu, tanpa sebarang pengalaman hanya sekadar memberanikan diri membangunkankan tanah sekangkang kera miliknya itu sebagai aset ekonominya untuk masa hadapan. 

Memandangkan kecacatannya itu, mohd ramli merasakan perlu untuk beliau menyediakan tapak bagi mencari sumber pendapatan kerana tidak mampu lagi untuk melakukan kerja-kerja berat bagi menyara kehidupannya bersama dua orang anak.

link to http://nanatv.tripod.com

No comments:

Post a Comment