Wednesday, 20 May 2015

Mas Kawin Akmal-Fatin RM1,111



JITRA, KEDAH : Jurutera Elektronik, Akmal Aliff, dan Pensyarah Fizik, Fatin Nadia, memutik cinta di United Kingdom, ketika masing-masing belajar di sana. Pertemuan secara tidak sengaja di salah sebuah pusat rekreasi lasak di Nottingam membuatkan merpati dua sejoli lebih akrab.

Fatin, 24 berasal dari Kedah dan Akmal, 25 dari Kuala Lumpur mengambil langkah membina ikatan kukuh dengan komitmen yang tinggi kerana masing-masing berada jauh di perantauan.

Selepas tamat belajar dan masing-masing telah bekerja mereka tidak mengambil masa yang lama untuk untuk meneruskan legasi putik-putik cinta itu dengan ikatan perkawinan yang unggul.

Mereka diijabkabulkan pada 9 Mei 2015 dengan mas kawin RM1,111.00 . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Al-Muhsinin, Darulaman Heights, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah dan kenduri kawin berlangsung di Kolej Height Utara.

Akmal adalah lulusan Master of Electronic & Communication Engineering dan Fatin dengan Bachelor of Physics bersama sijil lanjutan pendidikan.

Nana doakan semoga pasangan ini bahagia sepanjang usia. -- nanatv.tripod.com

Chalet Keringat Tok Janggut


GERIK, PERAK : Jika ingin merasai sentuhan alam semulajadi mendengar bunyi deruan air sungai mengalir sambil bersantai di pondok kayu beratap rumbia, pengalaman itu boleh dihayati di satu sudut tebing Sungai Berok, Kampung Padang Stang dekat Gerik, Perak.

Walaupun dari kalangan orang kurang upaya, namun pengusaha itu membangunkan kawasan itu sebagai destinasi percutian berkonsepkan alam semulajadi, dengan keringatnya sendiri dan modal tidak seberapa.

Kesungguhan Mohd Isa Ramli, 41, yang lumpuh di bahagian pinggang hingga ke kaki akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lampau, kini mula membuahkan hasil.

Bekas pemandu lori itu, tanpa sebarang pengalaman hanya sekadar memberanikan diri membangunkankan tanah sekangkang kera miliknya itu sebagai aset ekonominya untuk masa hadapan. 

Memandangkan kecacatannya itu, mohd ramli merasakan perlu untuk beliau menyediakan tapak bagi mencari sumber pendapatan kerana tidak mampu lagi untuk melakukan kerja-kerja berat bagi menyara kehidupannya bersama dua orang anak.

link to http://nanatv.tripod.com

Friday, 10 April 2015

Hentian Batu 13


BATU MELINTANG, Jeli, Kelantan : Satu kawasan rekreasi dikenali sebagai Batu 13 di Lebuh Raya Raya Timur-Barat berhampiran Batu Melintang, dekat Jeli, Kelantan, perlu diberi perhatian untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

Ia merupakan kawasan RNR yang terletak bersebelahan Lebuh Raya Timur-Barat yang sering menjadi tumpuan pemandu-pemandu lori untuk berhenti rehat.

Pemandangan indah dan beberapa kemudahan asas yang tersedia di situ bakal membolehkan Rekreasi Batu 13 itu, menjadi pilihan keluarga untuk beriadah di situ pada hujung minggu.

Panorama alam dan kehidupan flora dan fauna di sekitar hutan dan anak sungai di situ dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengunjung yang menjenguk kawasan rekreasi batu 13 itu.

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di situ seperti tandas awam, pondok telefon dan pondok rehat.

Terletak 32 kilometer dari bandar Jeli dan 98 km dari Kota Bharu, kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Jeli melalui lebuhraya Timur-Barat akan menemui papan tanda Rekreasi Batu 13.

Namun menyedihkan kawasan di situ kotor dan tiada pengurusan sempurna daripada piak berkuasa tempatan untuk menjadikan kawasan itu lebih selesa untuk dikunjungi. 

Batu 13 Jeli is the wettest place and the heaviest rainfall in malaysia with an astounding number more than 6,000 mm (240 in) of mean rainfall annually.

On 2011 a staggering number with 8,596 mm (338.4 in) of a massive rainfall recorded in Batu 13 Jeli, that makes it as the highest rainfall recorded in malaysia.

Wednesday, 25 March 2015

Resort Semua Dalam Satu

PENDANG, KEDAH : Jika ingin mencari tempat bercuti yang menawarkan perkhidmatan “semua-dalam-satu”, Pendang Lake Resort yang terletak berhampiran pekan Pendang di Kedah adalah pilihan yang paling sesuai.
selain merupakan tempat percutian, ia juga berfungsi sebagai kem latihan ala separa tentera, serta tempat berkursus bagi peserta kursus kem bina semangat dan kursus motivasi bagi pelajar sekolah.
Kini, Pendang Lake Resort merupakan sebuah destinasi pelancongan yang berteraskan rekreasi air yang popular di Kedah.
Dibangunkan pada tahun 2004, resort yang mempunyai keluasan 12 hektar ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pencinta sukan air seperti berkayak, jet ski, bot kawalan jauh dan juga sumber untuk memancing ikan air tawar.
Pendang Lake Resort mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pengunjung boleh memancing dan berkayak tanpa sebarang bayaran di samping melakukan aktiviti perkhemahan dengan bayaran yang minima.
Untuk penginapan, Pendang Lake Resort menyediakan bilik dalam pelbagai kategori seperti superior, deluxe dan junior suite pada harga yang sangat berpatutan.
Apa yang menarik lagi, lokasi resort yang berdekatan dengan kawasan kampung membolehkan para pengunjung menikmati juadah kampung seperti kerabu daging, gulai kambing, masak lemak ikan haruan, sambal belacan, ulam-ulaman dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pendang Lake Resort di talian 04-7583220 dan 04-7583229 atau 019-5732500 -- nanatv.tripod.com

Wednesday, 11 March 2015

Eroses Spa Hitam Putih


LANGKAWI, KEDAH : Eroses ditubuhkan oleh 3 sahabat yang amat meminati bidang kecantikan dimana nama di ambil atas nama singkatan gabungan antara Emelda,Ros dan Sofia.
 
Bermula perkenalan di bidang berlainan mereka membuat keputusan untuk bersama-sama memulakan perniagaan dengan minat yang sama.


Bermula dari situ mereka mula membuat kajian terhadap produk-

produk kecantikan yang begitu memberangsang penjualannya hingga melihat usahawan-usahawan, khususnya wanita, dapat membina empire sendiri dengan majunya. 

Dengan sedikit pengalaman di dalam bidang pemasaran, mereka cuba mengorak langkah dgn memberanikan diri meletakan risiko yang agak tinggi untuk mengeluarkan produk berjenama sendiri.

Pelbagai rintangan dan dugaan serta pengalaman pahit manis dihadapi dalam pencarian produk dan penjenamaan yang sesuai dengan aras kemodenan negara kita sekarang. 

Berbekalkan semangat keyakinan dan pengalaman yang ada dengan menghasilkan produk kecantikan yang pertama di bawah label penjenamaan sendiri iaitu Eroses Serum Skincare. Kini empire ini dimiliki oleh rakan kongsi niaga tiga sahabat iaitu Puan Rosnani, Cik Emelda dan Puan Sofia. - nanatv.tripod.com

Monday, 2 March 2015

Media Langkawi Menembak



LANGKAWI, KEDAH : Pihak media yang sebelum ini "berperang" dengan menggunakan pena dan papan kekunci, diberi peluang menggunakan senjata api dalam pertandingan menembak yang dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Rata-rata mereka baru pertama kali memegang senjata api, ada yang berdebar, ada yang mengelabah, ada yang gelisah dan ada yang mula ketagih menembak.


Pertandingan itu diadakan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM). Saksikan gelagat wartawan dan jurugambar media-media di Langkawi yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang hanya dipaparkan di Nana TV. -- nanatv.tripod.com

Sunday, 1 March 2015

Saka Nenek Ditangkap


ALOR SETAR, KEDAH : Seorang rakan dari Alor Setar, Kedah sempat merakamkan saka peliharaan neneknya yang berusia 90 tahun yang berjaya ditangkap untuk proses pemutihan, untuk dibuang agar tidak menyeksa lagi neneknya itu yang sedang sakit tenat ketika ini.

Rakan itu menyatakan wajah saka itu mirip wajah neneknya yang kini terlantar sakit. Di dalam botol itu juga dapat dilihat pelbagai wajah menyeramkan dari pelbagai sudut. -- nanatv.tripod.com