Tuesday, 10 February 2015

Adabi di Muncar Indonesia

adabi Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) kini merupakan peneraju utama bagi jenis produk serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.

Adabi Consumer terus mengembangkan pasaran dan menjadikan jenama itu terkenal di peringkat antarabangsa bagi barangan yang berkualiti tinggi serta halal.

produk yang berkualiti lagi halal telah membuat jenama Adabi mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia dan tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk isi rumah.

Antara produk terkenalnya ialah perencah kari dan sup, perencah masakan dan pelbagai jenis tepung yang bukan sahaja mendapat permintaan pasaran tempatan tetapi juga menempah nama di luar negara terutama di Asia Tenggara.

muncar

Adabi juga mempunyai pejabat di Thailand dan Indonesia bagi memudahkan lagi urusan mengeksport produk ke sana dan bagi negara lain pula, ia dibawa masuk menerusi pengedar yang sah dilantik oleh syarikat.

Sejak 1994, Medan telah dipilih sebagai pintu masuk utama produk-produk Adabi, di Indonesia yang mana Adabi memang dikenali oleh penduduk tempatan dan kemudian mewujudkan pejabat cawangan di Jakarta bagi meneroka peluang yang lebih agresif dengan pelbagai persediaan dibuat untuk produk-produk dapat diagihkan ke daerah-daerah Indonesia yang lain.

Kesemua produk Adabi dikeluarkan di kilang di Rawang, Selangor yang beroperasi sejak 1996 kecuali produk sardin dihasilkan di kilangnya dimuncar3 Indonesia.

Justeru Muncar yang dikenali sebagai pelabuhan perikanan terbesar di Indonesia, turut menjadi satu lokasi untuk Adabi terus berkembang.

Muncar terletak di Kabupaten Banyuwangi, Provinsi Jawa Timur, Indonesia, merupakan bandar pelabuhan ikan laut terbesar kedua setelah Bagan Siapi-api. – nanatv.tripod.com

Monday, 9 February 2015

Regatta International Langkawi

Oleh : NANA HUSSIN  regatta                                                      

LANGKAWI, KEDAH: Hasrat negara bagi melahirkan lebih ramai atlet sukan perahu layar kini boleh dibanggakan, apabila kejohanan regatta ataupun perahu layar bertaraf antarabangsa seringkali diadakan di Malayisa.

Buktinya, Kejohanan Diraja Perahu Layar Antarabangsa Langkawi (RLIR 2015) sejak 2003 mampu mencungkil bakat dan mengenegahkan pelayar-pelayar negara yang berpotensi dan pada 2015 ini separuh daripada peserta kejohanan itu adalah dari Malaysia.

Seramai 350 peserta dari Malaysia dan 15 buah negara dengan langkah bergaya mereka bertarung dalam RLIR 2015 di Kelab Perahu Layar DiRaja Langkawi, di Langkawi, Kedah.

Kejohanan edisi ke-13 itu, menampilkan 40 pasukan dari dalam dan luar negara dengan pelayar-pelayar berbakat dan ternama.

Selain Malaysia yang menampilkan 12 buah pasukan, pasukan dari Great Britain, Australia, Rusia, Austria, Denmark, Italy, New Zealand, China, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Singapura turut serta dengan masing-masing diwakili lebih daripada satu pasukan.

Pengarah Kejohanan, Wicky Sundram berkata, lebih ramai muka baharu bersaing dalam kejohanan kali ini dan yang membanggakan malaysia kini mampu menghantar lebih banyak pasukan dan ini bermakna objektif kejohanan untuk mencungkil bakat pelayar-pelayar negara telah membuahkan hasil. – http://nanatv.tripod.com

 

Thursday, 5 February 2015

Ajib Anak Kera Ajaib

kera1

ALOR SETAR, KEDAH : AJIB anak kera peliharaan seorang penduduk di Alor Setar, Kedah. Menariknya anak kera itu mampu berenang dan menyelam sepertimana manusia. Ditemui di pinggir hutan di Pendang, Kedah.

Ajib ketika ditemui amat lemah dan kelaparan kerana ditinggalkan ibunya kerana atas faktor keselamatan. Diberikan susu botol dan dipakaikan lampin pakai buang, Ajib kini berusia tiga bulan dan sangat cerdik dan bijak sekali.

Dibelakang Ajib dipakai beg sekolah kecil yang berperanan merantainya tanpa dileher agar ianya tidak terjerut.

Ajib sangat gemar mandi dan setiap hari dia akan mandi di tangki air yang dsediakan khas untuknya. Sambil mandi dia akan menyelam dan berenang sepuas-puasnya.

Makanan kegemaran Ajib ialah roti dan apabila malam ia akan tidur bersama-sama tuannya, jika Ajib tidak dibawa tidur sekali, beliau akan berbunyi bising pada malam hari.—nanatv.tripod.com

Wednesday, 4 February 2015

Briged Kedah Bantu Kelantan

misi12

SIK, KEDAH : Bermula di Sik, Kedah, Sukarelawan Kedah Ama Makmur (SUKAM) menyusuri Lebuhraya Timur Barat dalam satu misi kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.

Briged SUKAM berkampung d Kuala Krai selama sebulan dengan menjadikan Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan di Manek Urai, Kuala Krai, Sebagai base-camp.

Ikuti liku-liku perjalanan konvoi pertama Briged SUKAM ke Kampung Karangan, Kuala Krai dalam klip video ini.

Briged ini diketuai oleh Briged Sukarelawan 1Malaysia Sik, Kedah yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahdzir Abdul Hamid. – nanatv.tripod.com

Wednesday, 10 December 2014

Nana TV Memburu Berita

nanatv.tripod.com
Nana TV – nanatv.tripod.com yang dilancarkan pada 2014 merupakan portal TV internet ataupun web TV yang memaparkan siaran berita, rakaman aktiviti dan klip video yang diproduksi sendiri oleh krew Nana TV.


Berita dan klip video yang dipaparkan Nana TV merangkumi isu-isu semasa, destinasi pelancongan, perhotelan, pengembaraan, kejohanan sukan, cabaran lasak, aktiviti seni dan budaya, program kemasyarakatan serta kemanusian, politik, ekonomi dan perniagaan serta apa juga yang berteraskan ‘human interest’.

Nana TV yang dibangunkan oleh Nana Unique Production Ent., ditangani oleh krew-krew yang berpengalaman luas di dalam bidang kewartawanan, penyiaran dan fotografi media dengan pernah menimba tugasan bersama akhbar perdana serta membuat liputan untuk stesen TV utama nasional.

Membawa tagline Malaysia TV Network, Nana TV bersedia untuk membuat liputan sebarang acara, aktiviti, program dan sidang media yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, syarikat, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan ataupun mereka yang mewakili mana-mana individu.
Berita dan klip video liputan kami akan diberi siaran secara percuma dan meluas di beberapa aplikasi media sosial milik kami, selain disiarkan di portal TV internet nanatv.tripod.com , ianya akan, 


-dimuat turun di channel Nana TV YouTube
-disiarkan di halaman blog nanaunique.blogspot.com
-dipaparkan di laman sosial facebook mynanatv
-ditweet dalam aplikasi twitter @nana_uniq

Sebagai saluran TV internet yang belum lagi menjana keuntungan, pihak penganjur atau sesiapa sahaja yang mahu aktiviti dan event mereka disiarkan dalam Nana TV, segala kos perjalanan, penginapan dan makan minum perlu disediakan untuk krew-krew kami.

Segala input berita dan visual yang kami siarkan adalah tertakluk kepada etika kewartawanan yang kami miliki dan ianya tidak terdorong atas kehendak mana-mana pihak mahupun pihak penganjuran yang sengaja memanipulasi sebarang bentuk berita untuk tujuan penipuan ataupun mencetuskan kontroversi.

Sebarang pertanyaan ataupun urusan bagi jemputan media untuk khidmat krew Nana TV boleh terus menghubungi Nana Hussin di talian 012-583 5477 atau 019-441 1837 atau emel nanauniq@gmail.com dan boleh membuat tempahan atau jemputan media melalui e-borang “Assignment” yang disediakan di halaman menu kontek nanatv.tripod.com .

Bahan-bahan hasil liputan dan rakaman yang disiarkan ataupun tidak disiarkan adalah milik Nana TV dan permintaan bagi mendapatkan salinan rakaman dan klip video yang telah disunting boleh menghubungi krew Nana TV dengan sedikit bayaran. - Nana TV @ nanatv.tripod.com 

Inovatif Terumbu Langkawi

Tukun Tiruan meningkatkan kemampuan industri perikanan dan eko-pelancongan.

Menyedari hakikat itu sebuah syarikat produk bahan binaan dan perhotelan  yang berpengkalan di Langkawi, Kedah mewujudkan modul inovasi penggunaan tukun tiruan secara besar-besaran di sekitar Teluk Datai, Langkawi.

Ini ekoran, projek perintis tahun lepas yang menyaksikan kejayaan lima modul inovatif tukun tiruan yang dikenali sebagai ‘AMRS’  dapat menarik kehidupan marin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, kali ini sejumlah 52 modul tukun tiruan yang serupa diletakkan ke dalam laut, melebihi kawasan 1,000 meter persegi dengan tempoh matang dianggarkan selama 10 tahun.

Katanya, ARMS bakal meningkatkan kemampuan industri perikanan yang melibatkan ramai anak tempatan, serta industri eko-pelancongan yang menjana pendapatan utama pulau pelancongan itu.

Mohd Rawi yang juga ahli dewan undangan negeri (adun) padang matsirat, langkawi, yakin usaha syarikat simen, ‘Lafarge Malaysia’ dan resort The Andaman’ yang merintis usaha itu dapat menyediakan penyelesaian terhadap kemusnahan termbu karang dan memelihara biodiversiti spesis marin.

"pada hari ini mengambil berat tentang alam sekitar terutamanya tentang hidupan laut atau karang dan saya yakin dengan adanya karang baru yang akan dating dia akan member impak yang positif kepada industry pelancongan dan nelayan-nelayan dengan adanya pendekatan tangkapan ikan di kawasan ini.. insyaallah," katanya


Beliau berkata kepada media selepas menyaksikan pelepasan modul tukun tiruan ARMS di Teluk Datai, Langkawi, Kedah.

Menurut Mohd Rawi, terumbu karang pinggir di hadapan resort ‘The Andaman’ telah mengalami kerosakan yang teruk pada 2004 sebelum ini, memandangkan ianya menjadi pelindung dengan memecahkan kuasa ombak tsunami.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge, Bradley Mulroney berkata, tukun tiruan ARMS dibuat khusus untuk memenuhi sifat unik terumbu karang yang sedia ada.

Katanya, modul tukun tiruan ini direka khas untuk mewujudkan ruang persembunyian yang maksimun untuk pelbagai saiz ikan selain meningkatkan ekosistem bawah laut serta hidupan marinnya.

Beliau berkata, usaha seperti ini memberi ruang untuk semua pihak memperbaiki keadaan alam sekitar terumbu serta memperkasakan industri pelancongan serta menyediakan aktiviti kemudahan pendidikan, penyelidikan dan rekreasi. -- Nana TV @ nanatv.tripod.com

Thursday, 27 November 2014

Buaya Baham Wanita Bergaya

Seorang wanita yang bergaya bersama sebuah beg yang dihasilkan daripada kulit buaya menerima nasib malang, apabila dibaham seekor buaya ganas ketika cuba bergambar kenangan di tepian sebuah tasik bersama seorang rakannya.

Bagaimanapun rakannya terselamat daripada menjadi mangsa buaya itu, sambil menjerit-jerit meminta pertolongan daripada seorang individu yang sempat merakamkan aksi itu melalui telefon bimbitnya.


Saksikan rakaman yang mendebarkan dan penuh tragis itu pada video yang dipaparkan. -- Nana TV @ nanatv.tripod.com