Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Consumer Reel Video

CONSUMER Reel merupakan pertandingan Video Kepenggunaan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pertandingan ini julung kali diadakan pada tahun 2012 yang melibatkan penyertaan daripada orang awam dan golongan pelajar, melihat kepada sambutan yang menggalakkan, pihak Kementerian bersetuju untuk meneruskan pertandingan ini.

Selaras dengan peranan Kementerian untuk mendidik masyarakat tentang isu-isu kepenggunaan dan mengambil kira perkembangan teknologi dan media baru seperti Facebook dan YouTube, Kementerian mengambil inisiatif untuk mendidik masyarakat secara santai dan tidak formal dengan mewujudkan Pertandingan Video Kepenggunaan ini.




Syarat-syarat Penyertaan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar/penuntut :
a) Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
b) Politeknik
c) Kolej Komuniti

2. Konsep video adalah bebas sama ada iklan, tv komersial, sketsa, animasi 2D atau 3D, dokumentari atau drama. Video yang dihasilkan mesti menepati salah satu daripada tema-tema berikut:
a) Pengurusan Kewangan
b) Label/Tanda Harga
c) Kurangkan Penggunaan Beg Plastik
d) Amalan Pemakanan Sihat
e) Cetak Rompak


Untuk maklumat lanjut hubungi

Urusetia Consumer Reel 13
Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No.13, Aras 4, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya

Tel : 03-88825944 / 5973 / 6513
Email : consumerreel@kpdnkk.gov.my

Monday, 29 July 2013

Ganjaran We Are Malaysia

DAFTAR sekarang untuk pertandingan video We are Malaysia. Cipta dan reka video yang asli tentang apa yang anda maksudkan 'We Are Malaysia'. 

Tiga pemenang akan dipilih untuk mendapat ganjaran RM10, 000 setiap seorang.

Pertandingan video ini diwujudkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mentafsir 'We Are Malaysia' dengan cara mereka sendiri melalui video.


Dengan harapan, rakyat pelbagai bangsa dalam sebuah negara tidak menghukum antara satu sama lain dan membezakan warna kulit. Tetapi mungkin dari emosi yang terlampau, batasan budaya yang luas, akan mencetuskan kasih sayang yang mendalam bagi seluruh warga Malaysia.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia! Tetapi, perlu mendaftar sebagai MOBber terlebih dahulu di mob.com.my.

Pengendali MOB berkata: "Peraduan ini adalah tentang kisah anda. Ini adalah apa yang We Are Malaysia begitu bermakna kepada kami, kini tiba masanya untuk anda berkongsi pula."

Peraduan ini bermula pada 4 Julai 2013 dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Ogos 2013 ini.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada contest@mail.mob.com.my

Portal MOB dihidupkan oleh gergasi media Malaysia, Star Publications (Malaysia) Berhad.

MOB adalah kewartawanan setempat (citizen journalism) - portal berita dalam talian yang menawarkan berita yang ditulis oleh sesiapa sahaja.

Sepertimana akhbar, laman web ini memaparkan laporan berita dan kejadian dari seluruh komuniti anda.

Tetapi MOB itu sendiri sebahagian daripada orang ramai, citizen journalist yang mencari dan menentukan sendiri kandungan beritanya.

Citizen Journalist - atau dikenali sebagai MOBbers  - melaporkan terus apa yang mereka dengar atau lihat kepada MOB. Sesiapa sahaja  dan semua orang boleh menjadi citizen journalist atau MOBbers.

Mereka ada di mana-mana, sentiasa bersedia untuk keluar mencari berita menarik untuk dilaporkan. Sebagai MOBbers, anda akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja baik yang dekat ataupun jauh, dari dalam komuniti sendiri ataupun jauh di luar sana untuk diterjahkan bagi memburu berita menarik untuk dilaporkan.

Nana turut tidak ketinggalan mendaftar sebagai pelanggan MyStar bagi membolehkan Nana menjadi citizen journalist dan bakal menghantar berita melalui mob.com.my.