SELEPAS sehari Berita TV9 dan blog Nana Unique menyiarkan kisah seorang wanita muda berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Yasmin menipu orang ramai melalui pakej pelancongan yang ditawarkan melalui sebuah agensi pengembaraan, akhirnya beliau berjaya ditangkap polis.
Aktiviti jenayah wanita itu didedahkan oleh sebuah kumpulan forum dalam talian 'WhatsApp' yang mana ahli-ahli forum itu terdiri daripada mangsa dan keluarga mangsa penipuan wanita itu.
Wanita itu dipercayai menjalankan kegiatan melalui agensi penggembaraan yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah bersama teman lelakinya dan kebanyakkan pembayaran dan tempahan dilakukan secara ‘on-line’.
Berdasarkan maklumat daripada ahli-ahli forum itu, wanita itu kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang di ibu negara setelah diberkas oleh polis semalam.
Wanita itu ditahan ekoran kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan oleh mangsa-mangsa di ibu negara baru-baru ini.
Nana ucapkan sekalung tahniah kepada pasukan polis kerana berjaya menahan penipu licik ini sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsanya.
Mangsa-mangsa wanita itu terdiri dari seluruh negara seperti Kedah, Perlis, Johor, Pulau Pinang dan Terengganu yang telah membayar pelbagai pakej pelancongan untuk ke Indonesia, Vietnam, umrah haji dan pelancongan dalam negara.
Tiga hari lepas, beberapa anggota kumpulan forum itu telah ke rumah wanita itu di Sungai Petani tetapi mereka dapati beliau telahpun menghilangkan diri.