NANA sebagai blogger baharu muncul, hampir tiga bulan cuma mula mengaktifkan Nana Unique, agak teruja juga bila post article terbaharu di blog Nana Unique di tweet oleh Datuk Nicol David dalam laman Twitternya @NicolDavid.
Artikel itu Nana tulis dengan tajuk 'Nicol David Masuk TUDM' berdasarkan lawatan Ratu Skuasy Malaysia itu ke Kolej Tentera Udara milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, semalam.
Sebagai pemain ranking nombor satu dunia dalam sukan skuasy, sudah tentunya Nana berbangga apabila Datuk Nicol sendiri yang tweet artikel Nana masuk ke laman sosialnya itu dengan entry : An article by TUDM on my visit today at the Kolej Tentera Udara ( Air Force College ) http://kartikel.com/news/101168/nicol-david-masuk-tudm …
Mungkin Datuk Nicol menyangka artikel itu ditulis oleh kalangan anggota TUDM sendiri, tetapi sebenarnya Nana tulis artikel itu berdasarkan liputan yang sempat dirakamkan oleh rakan-rakan media Nana pada majlis itu, sebab itu Nana paparkan juga gambar beberapa orang wartawan yang turut bergambar dengan idola mereka itu.
Menariknya, artikel itu yang Nana post semalam, berjaya meningkatkan trafik blog Nana Unique secara mendadak.
Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, artikel itu berjaya mencatat hit 536 pageviews. Ini adalah satu rekod yang membanggakan Nana kerana sebelum ini belum ada artikel Nana yang boleh mencatat hit melebihi 300 pageviews dalam tempoh satu hari.
Dalam tempoh dua hari sahaja artikel Datuk Nicol itu berjaya mencapai hit 781 pageviews dan merupakan hit artikel yang tertinggi setakat ini berjaya menyaingi artikel 'Wanita Comel Kaki Tipu' dengan hit 519 pageviews yang telah ada hampir sebulan lamanya.
Jika dalam tempoh dua hari sahaja mampu dapat hit 781, Nana yakin artikel itu mampu mencapai lebih 1,000 hit tidak lama lagi.
Nana rasa faktor Nicol David itulah yang membuatkan trafik blog Nana Unique meningkat secara mendadak, terima kasih Datuk Nicol.
RATU Skuasy negara yang masih mengungguli ranking nombor 1 dunia, Datuk Nicol David melangkah masuk dengan bergaya ke Kolej Tentera Udara milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
Beliau tiba dengan berpakaian lengkap bagaikan seorang anggota TUDM dan disambut dengan penuh keraian oleh pegawai dan pelatih kolej itu sebaik sahaja tiba dengan jet milik TUDM dari Kuala Lumpur.
Nicol sebelum ini telahpun menerima penganugerahan tauliah Pegawai Kehormat TUDM sebagai Majer Udara (Kehormat) pada 19 september 2012 settelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.
Ini merupakan kali pertama beliau menjejak kaki ke kolej itu dan turut juga diberi kesempatan menaiki pesawat Pilatus PC7 Mark2 sebagai Pembantu Juruterbang yang dikemudikan oleh Juruterbang TUDM Majer Khairul Muzambi Salehin.
Beliau yang dibawa terbang selama 30 minit, berhasrat untuk memiliki lesen penerbangannya sendiri bagi mengendalikan pesawat ringin suatu hari nanti.
Beliau unggul sebagai pemain skuasy nombor satu dunia mengikut ranking Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) sejak ogos 2007 hingga sekarang.