Wednesday, 10 December 2014

Nana TV Memburu Berita

nanatv.tripod.com
Nana TV – nanatv.tripod.com yang dilancarkan pada 2014 merupakan portal TV internet ataupun web TV yang memaparkan siaran berita, rakaman aktiviti dan klip video yang diproduksi sendiri oleh krew Nana TV.


Berita dan klip video yang dipaparkan Nana TV merangkumi isu-isu semasa, destinasi pelancongan, perhotelan, pengembaraan, kejohanan sukan, cabaran lasak, aktiviti seni dan budaya, program kemasyarakatan serta kemanusian, politik, ekonomi dan perniagaan serta apa juga yang berteraskan ‘human interest’.

Nana TV yang dibangunkan oleh Nana Unique Production Ent., ditangani oleh krew-krew yang berpengalaman luas di dalam bidang kewartawanan, penyiaran dan fotografi media dengan pernah menimba tugasan bersama akhbar perdana serta membuat liputan untuk stesen TV utama nasional.

Membawa tagline Malaysia TV Network, Nana TV bersedia untuk membuat liputan sebarang acara, aktiviti, program dan sidang media yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, syarikat, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan ataupun mereka yang mewakili mana-mana individu.
Berita dan klip video liputan kami akan diberi siaran secara percuma dan meluas di beberapa aplikasi media sosial milik kami, selain disiarkan di portal TV internet nanatv.tripod.com , ianya akan, 


-dimuat turun di channel Nana TV YouTube
-disiarkan di halaman blog nanaunique.blogspot.com
-dipaparkan di laman sosial facebook mynanatv
-ditweet dalam aplikasi twitter @nana_uniq

Sebagai saluran TV internet yang belum lagi menjana keuntungan, pihak penganjur atau sesiapa sahaja yang mahu aktiviti dan event mereka disiarkan dalam Nana TV, segala kos perjalanan, penginapan dan makan minum perlu disediakan untuk krew-krew kami.

Segala input berita dan visual yang kami siarkan adalah tertakluk kepada etika kewartawanan yang kami miliki dan ianya tidak terdorong atas kehendak mana-mana pihak mahupun pihak penganjuran yang sengaja memanipulasi sebarang bentuk berita untuk tujuan penipuan ataupun mencetuskan kontroversi.

Sebarang pertanyaan ataupun urusan bagi jemputan media untuk khidmat krew Nana TV boleh terus menghubungi Nana Hussin di talian 012-583 5477 atau 019-441 1837 atau emel nanauniq@gmail.com dan boleh membuat tempahan atau jemputan media melalui e-borang “Assignment” yang disediakan di halaman menu kontek nanatv.tripod.com .

Bahan-bahan hasil liputan dan rakaman yang disiarkan ataupun tidak disiarkan adalah milik Nana TV dan permintaan bagi mendapatkan salinan rakaman dan klip video yang telah disunting boleh menghubungi krew Nana TV dengan sedikit bayaran. - Nana TV @ nanatv.tripod.com 

Inovatif Terumbu Langkawi

Tukun Tiruan meningkatkan kemampuan industri perikanan dan eko-pelancongan.

Menyedari hakikat itu sebuah syarikat produk bahan binaan dan perhotelan  yang berpengkalan di Langkawi, Kedah mewujudkan modul inovasi penggunaan tukun tiruan secara besar-besaran di sekitar Teluk Datai, Langkawi.

Ini ekoran, projek perintis tahun lepas yang menyaksikan kejayaan lima modul inovatif tukun tiruan yang dikenali sebagai ‘AMRS’  dapat menarik kehidupan marin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, kali ini sejumlah 52 modul tukun tiruan yang serupa diletakkan ke dalam laut, melebihi kawasan 1,000 meter persegi dengan tempoh matang dianggarkan selama 10 tahun.

Katanya, ARMS bakal meningkatkan kemampuan industri perikanan yang melibatkan ramai anak tempatan, serta industri eko-pelancongan yang menjana pendapatan utama pulau pelancongan itu.

Mohd Rawi yang juga ahli dewan undangan negeri (adun) padang matsirat, langkawi, yakin usaha syarikat simen, ‘Lafarge Malaysia’ dan resort The Andaman’ yang merintis usaha itu dapat menyediakan penyelesaian terhadap kemusnahan termbu karang dan memelihara biodiversiti spesis marin.

"pada hari ini mengambil berat tentang alam sekitar terutamanya tentang hidupan laut atau karang dan saya yakin dengan adanya karang baru yang akan dating dia akan member impak yang positif kepada industry pelancongan dan nelayan-nelayan dengan adanya pendekatan tangkapan ikan di kawasan ini.. insyaallah," katanya


Beliau berkata kepada media selepas menyaksikan pelepasan modul tukun tiruan ARMS di Teluk Datai, Langkawi, Kedah.

Menurut Mohd Rawi, terumbu karang pinggir di hadapan resort ‘The Andaman’ telah mengalami kerosakan yang teruk pada 2004 sebelum ini, memandangkan ianya menjadi pelindung dengan memecahkan kuasa ombak tsunami.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge, Bradley Mulroney berkata, tukun tiruan ARMS dibuat khusus untuk memenuhi sifat unik terumbu karang yang sedia ada.

Katanya, modul tukun tiruan ini direka khas untuk mewujudkan ruang persembunyian yang maksimun untuk pelbagai saiz ikan selain meningkatkan ekosistem bawah laut serta hidupan marinnya.

Beliau berkata, usaha seperti ini memberi ruang untuk semua pihak memperbaiki keadaan alam sekitar terumbu serta memperkasakan industri pelancongan serta menyediakan aktiviti kemudahan pendidikan, penyelidikan dan rekreasi. -- Nana TV @ nanatv.tripod.com