Wednesday, 25 March 2015

Resort Semua Dalam Satu

PENDANG, KEDAH : Jika ingin mencari tempat bercuti yang menawarkan perkhidmatan “semua-dalam-satu”, Pendang Lake Resort yang terletak berhampiran pekan Pendang di Kedah adalah pilihan yang paling sesuai.
selain merupakan tempat percutian, ia juga berfungsi sebagai kem latihan ala separa tentera, serta tempat berkursus bagi peserta kursus kem bina semangat dan kursus motivasi bagi pelajar sekolah.
Kini, Pendang Lake Resort merupakan sebuah destinasi pelancongan yang berteraskan rekreasi air yang popular di Kedah.
Dibangunkan pada tahun 2004, resort yang mempunyai keluasan 12 hektar ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pencinta sukan air seperti berkayak, jet ski, bot kawalan jauh dan juga sumber untuk memancing ikan air tawar.
Pendang Lake Resort mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pengunjung boleh memancing dan berkayak tanpa sebarang bayaran di samping melakukan aktiviti perkhemahan dengan bayaran yang minima.
Untuk penginapan, Pendang Lake Resort menyediakan bilik dalam pelbagai kategori seperti superior, deluxe dan junior suite pada harga yang sangat berpatutan.
Apa yang menarik lagi, lokasi resort yang berdekatan dengan kawasan kampung membolehkan para pengunjung menikmati juadah kampung seperti kerabu daging, gulai kambing, masak lemak ikan haruan, sambal belacan, ulam-ulaman dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pendang Lake Resort di talian 04-7583220 dan 04-7583229 atau 019-5732500 -- nanatv.tripod.com

Wednesday, 11 March 2015

Eroses Spa Hitam Putih


LANGKAWI, KEDAH : Eroses ditubuhkan oleh 3 sahabat yang amat meminati bidang kecantikan dimana nama di ambil atas nama singkatan gabungan antara Emelda,Ros dan Sofia.
 
Bermula perkenalan di bidang berlainan mereka membuat keputusan untuk bersama-sama memulakan perniagaan dengan minat yang sama.


Bermula dari situ mereka mula membuat kajian terhadap produk-

produk kecantikan yang begitu memberangsang penjualannya hingga melihat usahawan-usahawan, khususnya wanita, dapat membina empire sendiri dengan majunya. 

Dengan sedikit pengalaman di dalam bidang pemasaran, mereka cuba mengorak langkah dgn memberanikan diri meletakan risiko yang agak tinggi untuk mengeluarkan produk berjenama sendiri.

Pelbagai rintangan dan dugaan serta pengalaman pahit manis dihadapi dalam pencarian produk dan penjenamaan yang sesuai dengan aras kemodenan negara kita sekarang. 

Berbekalkan semangat keyakinan dan pengalaman yang ada dengan menghasilkan produk kecantikan yang pertama di bawah label penjenamaan sendiri iaitu Eroses Serum Skincare. Kini empire ini dimiliki oleh rakan kongsi niaga tiga sahabat iaitu Puan Rosnani, Cik Emelda dan Puan Sofia. - nanatv.tripod.com

Monday, 2 March 2015

Media Langkawi Menembak



LANGKAWI, KEDAH : Pihak media yang sebelum ini "berperang" dengan menggunakan pena dan papan kekunci, diberi peluang menggunakan senjata api dalam pertandingan menembak yang dianjurkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Rata-rata mereka baru pertama kali memegang senjata api, ada yang berdebar, ada yang mengelabah, ada yang gelisah dan ada yang mula ketagih menembak.


Pertandingan itu diadakan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM). Saksikan gelagat wartawan dan jurugambar media-media di Langkawi yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang hanya dipaparkan di Nana TV. -- nanatv.tripod.com

Sunday, 1 March 2015

Saka Nenek Ditangkap


ALOR SETAR, KEDAH : Seorang rakan dari Alor Setar, Kedah sempat merakamkan saka peliharaan neneknya yang berusia 90 tahun yang berjaya ditangkap untuk proses pemutihan, untuk dibuang agar tidak menyeksa lagi neneknya itu yang sedang sakit tenat ketika ini.

Rakan itu menyatakan wajah saka itu mirip wajah neneknya yang kini terlantar sakit. Di dalam botol itu juga dapat dilihat pelbagai wajah menyeramkan dari pelbagai sudut. -- nanatv.tripod.com

Wednesday, 25 February 2015

Pelanduk Putih Di Langkawi

LANGKAWI, KEDAH: Pelanduk putih merupakan haiwan yang amat jarang ditemui, malah kewujudan spesis ini sering dikaitkan dalam mitos cerita rakyat dan hikayat lama.

Berdasarkan cerita dongeng pelanduk putih dikatakan memiliki  kuasa ajaib dan sesiapa yang memilikinya akan beroleh rezeki yang tidak disangka-sangka.
Namun, hampir 15 tahun lalu, pada 23 Mac 2001, dua orang pencari madu lebah telah berjaya menangkap seekor pelanduk putih di Hutan Simpan Bukit Tekuh, Mukim Hulu Melaka, Langkawi.

Tetapi haiwan itu mati di mini zoo Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah selepas tiga hari diserahkan kepada pihak istana.

Dan kini pelanduk putih muncul kembali, seminggu lepas, dua beranak pencari madu lebah dari Kampung Buluh Penyumpit dekat Kuah, Langkawi, Kedah berjaya menangkap seekor pelanduk putih di kawasan hutan kaki Gunung Raya juga di kawasan Hutan Simpan Bukit Tekuh.

Dua beranak terbabit Jasmani Hassan, 37 dan anaknya Mohamad Nurhakimi, 16, terserempak dengan pelanduk putih itu ketika masuk ke hutan di kaki Gunung Raya semasa mencari madu lebah.

Menurut Mohamad Nurhakimi, pada mulanya mereka menyangka pelanduk putih itu adalah seekor arnab, lalu cuba mencarinya tetapi gagal.
Keesokkan hari, kata Mohamad Nurhakimi, mereka masuk ke hutan itu lagi dengan memasang perangkap jala dan berjaya memerangkap pelanduk putih terbabit yang bersaiz di antara 17 hingga 20 sentimeter panjang.
Katanya, tidak lama kemudian seekor lagi pelanduk berwarna perang yang lebih besar daripada pelanduk putih berjaya diperangkap.


“…saya suka masuk hutan mencari lebah, kadang-kadang saya ikut ayah masuk hutan buru pelanduk dan lepas tu kan, pada satu hari tu, saya masuk ke hutan saya nampak benda putih saya fikir arnab, lepas tu tak pa la, suruh anjing ligan (kejar), ligan-ligan belah pukat nampak pelanduk terkejut juga la. lepas tu ayah cakap boleh bela ni, saya cakap tak pa boleh bela, saya simpan kat rumah, kawan-kawan ramai dok mai tengok kat rumah…,” kata beliau.

Mereka kemudian membawa pulang kedua-dua ekor pelanduk itu dan dikurung di dalam sebuah sangkar yang disimpan di dalam rumah mereka di Kampung Buluh Penyumpit.

Rumah mereka kini menjadi perhatian jiran-jiran dan rakan-rakan terutama kanak-kanak bagi melihat secara dekat spesis haiwan yang jarang ditemui itu.
Menurut Mohamad Nurhakimi, bapanya bercadang untuk memelihara pelanduk putih terbabit.

Katanya, selama beliau masuk ke hutan mencari madu lebah, ini merupakan kali pertama beliau melihat pelanduk putih terbabit.

Pelanduk putih juga dikaitkan dalam hikayat Sulatus Salatin Sejarah Melayu apabila berlaku peristiwa anjing pemburuan raja parameswara terjun ke sungai dikejar pelanduk putih. -
nanatv.tripod.com

Friday, 20 February 2015

Warisan Abdullah Maulana




POKOK SENA, KEDAH: Seramai 200 keluarga Haji Abdullah Maulana berhimpun di Masjid Kampung Bendang Baru, Pokok Sena, Kedah, baru-baru ini bagi menganjurkan aktiviti yang mengeratkan lagi silatulrahim antara keluara terbabit.


Penasihat Persatuan Warisan Haji Abdullah Maulana, Datuk Hussain Abdullah berkata, perhimpunan kali ke-13 itu diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang mampu mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan di antara satu sama lain.

Aktiviti terbabit ialah gotong royong membersikan kubur dan masjid, majlis tahlil dan bacaan Yaasin, kenduri keluarga, majlis sumbangan kepada anak-anak cemerlang dan seterusnya mengadakan mesyuarat tahunan persatuan.

Kata Hussain dalam perhimpunan itu pelbagai generasi dari warisan Haji Abdullah Maulana dapat saling kenal mengenali di antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

Kaum keluarga warisan Haji Abdullah Maulana kini masing-masing tinggal di merata tempat di seluruh Malaysia dan termasuk juga di Sumatera, Indonesia.

Allahyarham Haji Abdullah Maulana berasal dari Sumatera dan berhijrah ke Kedah dan mula mencipta nama sebagai seorang yang penuh dengan ilmu agama di Pokok Sena, Pendang dan kawasan sekitarnya.
Nana TV sempat merakamkan detik-detik perhimpunan warisan keluarga terbabit yang baru berlangsung.-
nanatv.tripod.com

Tuesday, 17 February 2015

Media Di Bali Bersama Adabi

BALI4
BALI, INDONESIA : Adabi Consumer Sdn Bhd, syarikat produk makanan ternama di Malaysia, mengambil kesempatan membawa rakan-rakan media melawat ke kilang anak syarikatnya di Muncar, Jawa Timur, Indonesia.
Untuk ke Muncar, penerbangan melalui KLIA 2, harus turun di lapangan terbang Denpasar, Bali bagi menjimatkan perjalanan. Jika penerbangan turun di Surabaya (Jawa Timur) perjalanan lebih panjang berbanding dari Bali ke Muncar.

Justeru itu rakan-rakan media yang mengikuti lawatan sambil kerja itu berkesempatan melawat Bali.

Dari KLIA 2, penerbangan mengambil masa tiga jam untuk tiba di Denpasar, Bali. Kami disambut ole wakil Adabi di Indonesia sebaik tiba di Bali dan di bawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Muncar.


powercat2 Dari Bali untuk ke Muncar perlu menempuh perjalanan darat selama empat jam dan menaiki feri untuk ke Banyuwangi selama satu jam. Dari Banyuwangi ke Muncar perlu menambil masa lagi satu jam.

Waktu di Bali sama sepertimana waktu di Malaysia, 7.00 malam Malaysia sama 7.00 malam di Bali, tetapi di Banyuwangi dan Muncar selisih waktunya adalah satu jam berbanding Malaysia. Jika di Malaysia waktunya 7.00 malam waktu di Muncar dan Banyuwangi ialah 8.00 malam.
Krew Nana TV berkesempatan ikut serta dalam lawatan selama empat hari itu bagi meninjau kilang memproses makanan kucing milik anak syarikat Adabi di Muncar. Selain
Nana TV, rakan media yang turut serta adalah RTM, TV Alhijrah, TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia, Majalah JMD dan Majalah Meoow.
Lihat klip video bagi gelagat rakan-rakan media dalam perjalanan itu di
nanatv.tripod.com