Wednesday, 1 July 2015

Cahaya Harapan Ramadan



GURUN, KEDAH : Sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia, pelbagai pihak mengimarahkan bulan puasa itu dengan aktiviti yang penuh keberkatan.

Antaranya Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin turut menganjurkan program menyediakan bubur lambuk di perkarangan Perusahaan NAZA Automotive di Gurun, dekat Sungai Petani, Kedah.

Seramai 30 orang pekerja kilang itu dipilih menyediakan lapan kawah bubur lambur untuk diedarkan kepada masjid berhampiran, rumah anak yatim, rumah orang tua dan pekerja di kilang itu.

Ketua Pegawai Operasi Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd. Roslan Abdul Ghani berkata, selain bubur lambur itu diedarkan kepada pekerja-pekerjanya, ianya turut diedarkan kepada masjid dan rumah orang tua sebagai satu amanat tanggungjawab sosial.

Menurut Roslan, selain pekerja menerima bubur lambuk itu, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk turut diagihkan kepada lima buah masjid, dua buah rumah anak yatim dan sebuah rumah orang-orang tua.

Roslan sendiri turun ke padang menyediakan bubur lambuk itu serta mengagihkannya ke rumah orang-orang tua, Seri Kenangan, di Bedong dekat Sungai Petani, Kedah.