Sunday 25 August 2013

Wanita Mati Hidup Semula

BAS laju dan melayang macam 'roller coaster' dan terhimpit bersama timbunan mayat, merupakan pengalaman cukup ngeri bagi Nurfathiah Jaafar yang dialaminya sendiri dalam nahas bas terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands.

Nurfathiah menceritakan pengalaman bagaikan 'mati hidup semula' itu di laman sosial Facebooknya 13 jam selepas kejadian yang meragut nyawa 37 mangsa yang berlaku pada Rabu lepas.

Katanya, sebelum nahas itu beliau pergi bercuti selama 2 hari 1 malam di Genting Highlands bersama kakaknya dan mereka berdua mengambil bas Genting Highlands - Kuala Lumpur untuk pulang, bas itu pula terlebih penumpang dan ada yang terpaksa berdiri.

Menurutnya, sebelum kemalangan ngeri itu, bas yang mereka naiki turut terbabit dalam kemalangan kecil dengan sebuah kereta.

"B4 incident jatuh gaung berlaku, dh ada 1 kes sblom tu yg melibatkn bas sy dgn sbuah kreta. Time nk trun dr genting, akan ada 1 junction utk ke tokong.kereta yg sy maksudkn td amek jln ke kL then tetibe nk ke kanan iaitu ke tokong. Mnde ni la yg membuatkn bas terpaksa break mengejut. Kes kt junction ni mcm da bg hint la what the next. N rasanya kalo xsempat break, bas akan terbang lg jauh la kot," cerita Nurfathiah dalam paparan Facebooknya.

Selepas pemandu bas dan pemandu kereta itu bertengkar, mereka meneruskan perjalanan dan tiba di satu cerun bas itu laju dan semakin laju, beliau merasakan bas ittu bagaikan 'roller coaster' lagaknya

"Mase trun cerun tu bas laju n semakin laju. Laju sgt roler coaster kali ni ye nokk. Me not sure whether driver emotional sbb kes td, or xguna break or break xfunction.tp ade polis ckp dye ade je break skejap kt slekoh sblom tu.smp kt slekoh, bas langgar benteng then terbang la ia mcm roller coaster yg super extreme. Time tu pgg seat kemas2 n mengucap dr awal hingga  akhir.tu je bole buat tanda ready. Dlm kpale mmg mati.stiap kali bas tergolek, sy sedar n still pgg seat n still bole mengucap.alhamdulillah. Ya Allah," ujarnya lagi.

Nurfathiah ketika itu hanya terbayangkan kematian bila bas itu bergolek tiga atau empat kali dan akhirnya bas itu tersekat pada sebatang pokok dan beliau bersyukur kerana nyawanya masih ada, walaupun beliau bersama-sama timbunan mayat di atas, di kiri dan di kanannya.

Walaupun ketika itu beliau menjerit minta tolong, namun jeritan itu sia-sia semata kerana tiada siapa yang ada.

Akhirnya dengan kudrat yang ada, dalam keadaan terhimpit oleh kerusi dan mangsa-mangsa di atas badannya, beliau menolak dan melonjak sehingga kulit bahagian pahanya terkoyak.

"10 minit sy keluarkn diri sy.pijak sume mayat ke xmayat ke.lantak ah.kakak sy pon dh bole kluar.dia patah bahu.penuh dgn mayat yg xde telinga la kpale kt cermin la.darah penuh da mcm air sirap.paha sy terkoyak time tu mcm perot lembu tu.sakit mmg sakit.tp cari kain dlm beg n ikat paha terkoyak td sendiri.ada lg 5 org bole kluar.

kol umi ckp ade dlm gaung n sempat mintak maaf ngn umi.then I try to bring my sister pegi tmpt slmat sblom bas jatuh gaung lg. Dan bersyukur dduk tmpt slmt.then bomba pon dtg smentara tnggu bomba selamatkn org lain, ape lg snap2 la gambar," katanya.

Nurfathiah merupakan mangsa pertama yang selamat dan berjaya dibawa naik ke atas dengan menggunakan kren buaian oleh pasukan penyelamat. Manakala kakaknya mengalami kecederaan patah bahu.

"This is the worst experience ever. Alhamdulillah sy n kak mimi selamat. This is the 3rd time sy eksiden n 2nd eksiden masuk tv  dlm apa jua kita berada, Allah akan bersama kita.terima kasih yg mendoakan sy n kakak sy," ujar Nufathiah yang berkongsi pengalaman ngerinya itu.

Foto-foto yang dipaparkan di sini adalah hasil rakaman oleh Nurfathiah sendiri.

No comments:

Post a Comment