Sunday 25 August 2013

Pisang Merah Ubat Duka

PISANG Merah mampu membuatkan anda gembira.

Ini kerana pisang merah mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin.

Dengan memakan pisang ini dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan Pisang Merah, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

Pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh.

Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Pisang Merah, juga dikenali sebagai pisang Red Dacca di Australia, dan di Malaysia banyak terdapat di Sabah dan Sarawak dengan nama Pisang Raja Udang atau Pisang Tembaga.

Pisang ini mempunyai kulit berwarna merah-ungu biasanya bersaiz lebih kecil daripada pisang Cavendish biasa. Apabila masak, Pisang Merah mentah mempunyai isi berwarna krim.

Ianya juga lebih lembut dan lebih manis daripada pisang jenis Cavendish kuning, dengan sedikit rasa raspberry. Kebanyakan Pisang Merah dieksport dari pengeluar di Asia dan Amerika Selatan ke pasaran Amerika Tengah malah turut dijual di seluruh dunia. 

No comments:

Post a Comment