Friday 12 July 2013

Ladang Nira Nipah

KETIKA  perjalanan pulang dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, singgah sebentar di Sanglang, Perlis, Nana terpegun melihat berderetan pepohon nipah yang dijadikan ladang diusahakan oleh seorang penduduk tempatan.

Menariknya, beliau mengusahakan pengeluaran nira nipah secara komersial dan turut membina taman nira nipah dengan landskap yang begitu santai dan nyaman untuk tujuan pelancongan.


Dalam taman itu terdiri beberapa buah chelet kecil di bina buat pengunjung berehat dengan menikmati nira nipahnya yang manis. Jika di waktu panas terik, keadaan di dalam taman itu tidak terasa bahangnya kerana di kelilingi hutan nipah yang mendinginkan suasana.


Sambil berehat sambil minum nira nipah, pengunjung juga boleh menikmati jelly nira nipah dan laksa utara.


Komitmennya membuatkan MARDI turut berminat dengan memberi bantuan dan latihan untuk pengeluaran cuka nira nipah secara komersial.

No comments:

Post a Comment